Sabtu, 29 Oktober 2011

APABILA BALA ALLAH DATANG MENIMPA

Dalam hal ini Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan (zakat) harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan. Kalaulah tidak kerana binatang yang ada di muka bumi ini, nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Tarmidzi, daripada Ali bersabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka, iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

2.Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.

3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak menderhakai ibu bapa.

6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.

9. Apabila pemimpin(yang beriman) sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.

10. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.

12. Apabila ramai lelaki memakai sutera.

13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita bermain alat muzik.

15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan