Khamis, 13 Oktober 2011

JAWATAN KEPIMPINAN ITU ADALAH AMANAH DARIPADA ALLAH

Ibn al-Jauzi meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya: “Lihatlah ke arah Kaabah.”

Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.”

Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?”

Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.”

Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?”

Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.”

Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja. Hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”

Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak

Adapun pemimpin yang baik itu ditunjukkan sifatnya dengan jelas melalui al-Quran:

1. Pemimpin yang mau dikoreksi kesalah...annya dan mau memperbaikinya, Qs. an-Naml:46

2. Pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, Qs. Ali Imran:132. 


3. Pemimpin yang membawa keridhaan, keselamatan, cahaya dan jalan yang lurus, Qs. al-Maidah:16.

4. Pemimpin yang berbuat baik, Qs.al-’Araf:56


5. Pemimpin yang menunaikan sholat, zakat, dan mencegah perbuatan keji dan munkar, Qs. an-Nur:56.

6. Pemimpin yang mampu menyelesaikan konflik, Qs.al-Hujurat:10


7. Pemimpin yang adil, Qs. Shad: 22

8. Pemimpin yang cerdas dan tidak mengkhianati rakyat, Amanat kepemimpinan memang sangat berat lihat, Qs. al-Ahzab: 72

Tiada ulasan:

Catat Ulasan