Rabu, 26 Oktober 2011

JAMUAN HARI RAYA DAN DUIT RAYA - SUDAH MENJADI IBADAT ATAU MENJADI ADAT

Memang elok pun membanyakkan sedekah jariah. Lebih-lebih lagi pada aidilfitri ini semangat kunjung mengunjung itu semakin bersemarak. Anak-anak yang paling gumbira kerana pada fikir mereka mereka akan mendapat dua habuan iaitu habuan makan dan habuan kewangan.

Bagi Si tuan rumah, berlapang dadalah untuk menyumbangkan sedekah rezekimu kerana di sana adaperakuan Rasulullah s.a.w. yang amat benar. " Tiada kurang harta dari sedekahnya itu. (Di dunia ditambah berkat hartanya dan menolak bala, di akhirat diberi pahala, diampun dosanya dan dikurniakan Syurga ) (Al-Hadith)

Dengan menghidangkan makanan yang lazat kepada tetamumu, Si Tuan rumah sudah membuka laluan untuk dirinya menuju ke pintu Syurga Allah. Demikian yang selalu diungkap dalam banyak sabda Rasulullah saw akan eprihal orang-orang yang memberi makan kepada tetamunya.

Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri) maka Allah menyuruh datang Malaikat empat puluh hari sebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang di antara masyriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalu menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari…. Inilah rezeki bersamaku dari syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril : Surat apakah ini? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka. Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya –tertulis di dalamnya : “ Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka . Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku-gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Nabi Muhammad saw terlepas daripada api neraka. Kata Jibril : Allah utuskan aku, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu .
(dari kitab Raudhul Ulama’)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan