Khamis, 27 Oktober 2011

Kuterima Jawatan HAMBA ALLAH

Aku terima jawatan HAMBA ALLAH. Jawatan ini bukan sebarang jawatan. Jawatan ini jawatan yang pada pandanganku adalah setinggi-tinggi jawatan yang ada di dalam dunia ini. Lebih tinggi darjat jawatan ini daripada jawatan Kisra Agong atau Menteri Perdana atau Kepala Menteri atau Kepala Daerah atau Pak Lurah. Dengan janji ganjaran berganda-ganda di dunia dan akhiratku, aku berjanji pada diriku untuk terus menyandang jawatan HAMBA ALLAH ini sehingga akhir hayatku.

Dari Abu Hurairah r.a : Seorang lelaki kampung telah datang mengadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardhukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan serta berpuasa pada bulan Ramadhan.

Lalu orang itu berkata: Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku.

Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesiapa yang ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini.

Riwayat :

* Bukhari – Kitab Zakat (Hadith no. 1310)
* Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 16)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan