Jumaat, 21 Oktober 2011

Menatap, membaca dan mentadabbur al-Quran menjadi aktiviti rutin masyarakat muslim.  Demikian kelebihan aktiviti ini sangat besar berbanding aktiviti-aktiviti yang lain.


1) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله وءاله عليه وسلم: "الـمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ ، وَالَّذِيْ يَقْرَأُ القرآن َ وَ يَـتـَتـَـعْـتـَعُ فِيْهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ". (ر...واه الإمام مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي )

Daripada Aishah ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : “orang yang mahir dengan al-Quran, bersama Malaikat Safarah yang mulia lagi taat. Dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia tergagap-gagap (tidak lancar) ketika membacanya dan dia sukar (membacanya kerana tidak mahir), maka baginya dua pahala”

2) عن أنس رضي الله عنه ، عن النبي صلى الله عليه وءاله وسلم قال: "مَنْ قَرَأَ القرءانَ يَقُوْمُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ، يـُحِلُّ حَلاَلـَهُ وَيـُحَرِّمُ حَرَامَهُ ، حَرَّمَ اللهُ لـَحْمَهُ وَدَمُهُ عَلَى النَّارِ وَجَعَلَهُ رَفِيْقَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ حَتىَّ إِذَا كَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كاَنَ القرءانُ لَهُ حُجَّةً " ( رواه الإمام الطبراني في المعجم الصغير - ضعيف )

Daripada Anas ra daripada Baginda Nabi SAW bersabda : “sesiapa yang membaca al-Quran (sehingga) bangun dengan sebabnya di tengah malam dan siang, sehingga menghalalkan perkara yang dihalalkannya (di dalam al-Quran) dan mengharamkan perkara yang diharamkannya (di dalam al-Quran), pasti Allah akan mengharamkan daging dan darahnya daripada api neraka dan dijadikannya teman setia bersama Malaikat Safarah yang mulia, sehingga apabila tiba pada Hari Kiamat, al-Quran akan menjadi hujjah (pembela) baginya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan