Rabu, 9 November 2011

SIHIR - AMALAN MENSYIRIKKAN ALLAH




Dapat ditakrifkan sihir itu seperti taktifan berikut:

Ibnu Khaldun
“Ilmu sihir adalah ilmu untuk menghasilkan kesan negatif ke atas mangsa dengan
menggunakan anasir-anasir jahat dari kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau
sebagainya, bagi suatu tujuan jahat secara tersembunyi”  (Ibnu Khaldun . Al-Muqaddimah: halaman 496)

Ad-Duktur Abdullah bin Mohd At-Toyyar:
“Azimat-azimat dan jampi mentera sihir yang dilakukan oleh pengamalnya yang
memberi kesan negatif kepada hati (emosi) seseorang atau menyakitinya atau
membunuhnya.” (Ad-Duktur Abdullah bin Mohd Attoyyar. Fathul Hakkul Mubin : halaman 171)


Ibnu Qudaamah Al-Maqdisi :
“Sihir itu adalah jampi mantera, simpulan-simpulan benang sihir atau amalan-amalan
tertentu dilakukan secara sihir untuk memudaratkan emosi mangsa (Qalbuhu) atau
akalnya (Aqluhu) atau apa sahaja kemudaratan (sakit ganjil) sehingga kadang-kadang
boleh membunuhnya” (Ibnu Qudaamah. Al-Mughni: Juzuk 10 Halaman 104.)
Al-Quran menyatakan antara lainnya berhubung kejadian sihir ini:

1. Akan tetapi syaitan-syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia
ilmu sihir ( Al-Baqarah : 102)
2. Dan campakkanlah apa yang berada di tangan kanan mu ( wahai Musa) nescaya
ia menelan segala apa yang mereka ( ahli-ahli sihir Firaun ) lakukan kerana
sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu adalah perlakuan tipu daya ahli
sihir. ( Taa Ha: 69)
3. Pakar-pakar sihir Firaun mengaku kalah dengan Musa seraya tunduk sujud
kepada Musa tanda menyerah diri sambil berkata ‘ Kami beriman dengan tuhan
Harun dan Musa’. (Taa Ha: 70)
4. (Saya memohon perlindungan) daripada kejahatan tukang sihir ( wanita ) yang
(mengamalkan sihir) menghembus-hembus pada simpulan-simpulan ikatan pada
benang atau tali atau sebagainya. (Al Falak: 4)
5. Mereka itu (tukang sihir Firaun) mendatangkan sihir yang cukup hebat. (Al-
A’Raaf: 116)

Keseluruhan Al-Quran didapati tidak kurang dari 26 surah dengan 57 ayat yang
membicarakan perihal sihir dengan berbagai-bagai penjelasan, membuktikan sihir itu
wujud di alam nyata, bukan hanya khayalan atau tipu helah semata-mata.

Orang-orang yang mengamalkan sihir membahayakan manusia yang ada di sekitarnya.  Dalam hal ini, mereka perlu ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka.
Al-Imam As-Syafi’e dan Al-Imam Muhammad bin Hanbal meriwayatkan kisah dari
‘Amru bin Dinar bahawa melaksanakan perintah dan membunuh tiga
orang ahli sihir. Dan sah riwayat daripada Hafsah Ummul Mu’minin bahawa ada seorang jariah
(pembantu rumah) melakukan sihir ke atasnya dan didapati sabit maka dihukum bunuh
ke atasnya.

Diriwayatkan kisah yang berlaku pada zaman Al-Walid bin ‘Uqbah (wafat tahun
61 hijriyyah); ada ahli sihir yang mempamerkan sihirnya di hadapan Al-Walid dengan
disaksikan oleh orang ramai dengan memanggal kepala seorang lelaki yang
bersamanya, kemudian dihidupkannya semula. Orang ramai menyebut: dia boleh
menghidupkan semula orang yang sudah mati. Peristiwa itu disaksikan oleh seseorang
dari kalangan Muhajirin.

Pada keesokannya permainan sihir yang serupa diulangi lagi.  Lelaki Muhajirin tadi menghunus pedangnya lalu membunuh tukang sihir di hadapan  orang ramai termasuk Al-Walid seraya berkata: “kalaulah tukang sihir ini benar-benar  boleh menghidupkan orang mati seperti semalam, maka hidupkanlah dirinya sendiri. Akan tetapi dia (tukang sihir) mati dan tidak berdaya menghidupkannya kembali  
.
Umar Al-Khattab r.a sebagai khalifah yang mengetahui tentang beratnya dosa
sihir, dan buruknya kesan sihir kepada diri pelakunya dan masyarakat, beliau telah
menulis surat kepada penguasa-penguasa dari kakitangan kerajaan pada zamannya, kirakira
dua bulan sebelum kewafatannya dengan mengarah:

“Jika sabit, bunuhlah ahli-ahli sihir lelaki atau perempuan”
Bagi menghindari terkena sihir, Rasulullah s.a.w. berpesan, “ Daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas, katanya: Saya mendengar Saad berkata : Saya  mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda “ sesiapa yang memakan di waktu pagi tujuh  biji kurma tamar Ajwah, nescaya tidak akan dia dimudaratkan pada hari itu (keracunan atau kesihiran).  (Sahih Al Bukhari Maa Fathul Bari. Bab Ad-Dawa bil Ajwah Lisihr. 238/10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan