Rabu, 24 Oktober 2012

GUNUNG YANG DICIPTA UNTUK MENYETABILKAN PERGERAKAN BENUA

Foto: GUNUNG YANG DICIPTA UNTUK MENYETABILKAN  PERGERAKAN BENUA


“Bukankah  Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (QS.An-Naba’ 78: 6-7)

            Di dalam Al-Quran, kita akan bertemu dengan perkataan gunung sebanyak 49 kali. Terdapat 22 ayat yang menyebutkan fungsi gunung sebagai pasak atau tiang pancang bagi bumi. Pasak atau paku besar merupakan benda yang menusuk ke dalam bagi mengetatkan sesuatu.

Ini bermaksud kepala pasak yang dilihat di luar jauh lebih pendek berbanding dengan batangnya yang terjunam ke dalam.. Kedalaman akar gunung itu sebenarnya boleh menjunam mencapai 15 kali ganda berbanding ketinggiannya..  Kajian selanjutnya mendapati bahawa gunung mempunyai akar yang berperanan menghentikan pergerakan horizontal litosphera. 

“Dan Dia menancapkan di bumi supaya tidak goncang bersama kamu… (QS. An-Nahl 16:15)

Rasulullah SAW bersabda “Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi bergoyang dan menyentak, lalu Allah menenangkannya dengan gunung.”

Pada tahun 1858, Antonio Snider telah mengemukakan konsep tentang Continental Drift berkenaan perkembang benua-benua. Kemudian muncul pendapat ahli geologi Austria, Eduard Sues bahawa semua benua dahulunya memang menjadi satu yang dinamakan Godwanaland.

Ilmuan Jerman, Alfred Wegener pula menamakan teori ini sebagai Pangea. Namun begitu, tiada bukti-bukti yang meyakinkan bagi menyokong teori-teori ini sehinggalah pada tahun 1960-an. Kini bukti menunjukkan bahawa benua-benua ini sememangnya bergerak pada kelajuan 1 cm per tahun bagi kawasan khatulistiwa dan 9 cm per tahun bagi kawasan di jalur-jalur pergunungan. Penemuan ini berlaku 1400 tahun setelah Al-Quran menceritakan perihal konsep gunung ini kepada manusia. Allahu Akbar !!!

            Teori plat tektonik menyebut bahawa kerak bumi mempunyai ketebalan 5 hingga 100 km berada di atas magma yang mencapai ketebalan 3000 km. Magma terdiri dari batuan cair yang tidak stabil. Plat ini bergerak secara horizontal dan saling bertembung dari waktu ke waktu. Ada yang terlipat ke atas dan ada yang ke bawah yang mana membentuk gunung-ganang. “Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (QS.An-Naba’ 78: 6-7)

Di dalam Al-Quran, kita akan bertemu dengan perkata
an gunung sebanyak 49 kali. Terdapat 22 ayat yang menyebutkan fungsi gunung sebagai pasak atau tiang pancang bagi bumi. Pasak atau paku besar merupakan benda yang menusuk ke dalam bagi mengetatkan sesuatu.

Ini bermaksud kepala pasak yang dilihat di luar jauh lebih pendek berbanding dengan batangnya yang terjunam ke dalam.. Kedalaman akar gunung itu sebenarnya boleh menjunam mencapai 15 kali ganda berbanding ketinggiannya.. Kajian selanjutnya mendapati bahawa gunung mempunyai akar yang berperanan menghentikan pergerakan horizontal litosphera.

“Dan Dia menancapkan di bumi supaya tidak goncang bersama kamu… (QS. An-Nahl 16:15)

Rasulullah SAW bersabda “Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi bergoyang dan menyentak, lalu Allah menenangkannya dengan gunung.”

Pada tahun 1858, Antonio Snider telah mengemukakan konsep tentang Continental Drift berkenaan perkembang benua-benua. Kemudian muncul pendapat ahli geologi Austria, Eduard Sues bahawa semua benua dahulunya memang menjadi satu yang dinamakan Godwanaland.

Ilmuan Jerman, Alfred Wegener pula menamakan teori ini sebagai Pangea. Namun begitu, tiada bukti-bukti yang meyakinkan bagi menyokong teori-teori ini sehinggalah pada tahun 1960-an. Kini bukti menunjukkan bahawa benua-benua ini sememangnya bergerak pada kelajuan 1 cm per tahun bagi kawasan khatulistiwa dan 9 cm per tahun bagi kawasan di jalur-jalur pergunungan. Penemuan ini berlaku 1400 tahun setelah Al-Quran menceritakan perihal konsep gunung ini kepada manusia. Allahu Akbar !!!

Teori plat tektonik menyebut bahawa kerak bumi mempunyai ketebalan 5 hingga 100 km berada di atas magma yang mencapai ketebalan 3000 km. Magma terdiri dari batuan cair yang tidak stabil. Plat ini bergerak secara horizontal dan saling bertembung dari waktu ke waktu. Ada yang terlipat ke atas dan ada yang ke bawah yang mana membentuk gunung-ganang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan