Isnin, 22 Julai 2013

BERHATI-HATI MEMBELI JUADAH DI BAZAR RAMADAN. PASTIKAN PENJUALNYA TIDAK MENINGGALKAN SOLAT

Maaf, agak kasar bahasa saya . Saya mengingatkan diri sendiri dan semua jangan membeli juadah berbuka puasa daripada tangan yang tidak solat,tangan yang melakukan maksiat kepada Allah. Tiga belas jam menahan diri daripada makan dan minum tiba-tiba kita berbuka berpuasa dengan makanan yang dihasilkan oleh tangan yang tidak takutkan Allah S.W.T

Subhanallah… .

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah swt pun kurniakan isteri si lelaki itupun hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki itupun runsing.

Dia sudah bernazar hendak meminum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa a.s. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad saw. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah dibuat, tapi cuma kena denda (dam) atau sedekah.

Kalau pada zaman Nabi Musa a.s, barang siapa yang bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa a.s menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa a.s perintahkan lelaki tersebut pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa a.s

Bagi pembeli pula, buatlah pilihan bijak dan tepat. Carilah peniaga yang benar-benar berkualiti dari aspek peribadi beragama mahupun makanan disediakan. Apakah puasa kita mampu mencapai status puasa diberkati jika kita mengambil makanan daripada hasil tangan mereka yang tidak menunaikan solat serta tidak menutup aurat. Walaupun kau membeli makanan itu dengan usaha jerih untuk mendapatkan upah yang halal, lalu kaubeli makanan daripada orang tidak takutkan Allah. Apakah tidak kaubimbang makanan itu ada bercampur bahan halal haramnya. Lalau makanan itu kaumakan makanan itu. Walaupun halal dimakan tetapi mesti ada kebimbangan di hati kau terhadap adunan makanan itu bercampur bahan-bahan yang kurang baik.

Usahakanlah mendapatkan makanan terbaik, suci dan halal dan dibuat oleh orang-orang yang menjaga agama Islam. Suatu hari seorang sahabat, Saad ibn Waqqas bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai tuan, doakan aku kepada Allah supaya aku dijadikan orang mustajab (makbul) doa. Lalu Rasulullah SAW menjawab: Wahai Saad, makanlah makanan yang baik (halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya jika seseorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan