Isnin, 22 Julai 2013

Merenung kata-kata Imam Al-Ghazali Yang Masyhur

Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!

Seorang manusia takkan mampu mengenal Tuhan-nya (makrifatullah) bila tidak mengenal dirinya sendiri, dan ia takkan mampu mengenal dirinya bila ia tak mengenal hatinya. Sayang, kebanyakan manusia tidak mampu mengenal hati dan dirinya. Ada hijab tebal yang menutupi hati,hingga ia terhalang dari musyahadah (penyaksian), muraqabah (mendekati), dan mengenal sifat-sifat-Nya.

Hati yang tinggi (berkualiti) adalah ketika dalam keadaan berdzikir terhadap Allah. Hati yang terbuka adalah ketika ridha terhadap ketentuan Allah. Hati yang rendah/lemah adalah ketika sibuk di selain jalan Allah, dan hati yang mati adalah ketika lalai terhadap Allah.

Baikilah hati dan milikilah hati yang berkualiti. Hati itu mendorong pemiliknya tidak melanggar perintah Allah dan sentiasa berasa rindu kepada Allah. Milikilah hati yang terbuka yang selalu bertawakal kepada Allah, jujur dan yakin akan ketentuan Allah. Hindarilah hari yang lemah yang selalu sombong, riak dan mencintai dunia. Jangan dibiarkan hati mati sehingga hati itu kehilangan kemanisan iman, tidak berasa jijik kepada maksiat dan kejahatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan