Islam tidak pernah membezakan di
antara orang-orang yang beribadah di mehrab-mehrab masjid mengeluarkan air mata
khuyuk dan tawaduk kepada Allah dengan penulis yang mengalirkan dakwat dari
penanya kerana ingin menegakkan Islam. Islam tidak juga membezakan peranan pendakwah
yang peluh meleleh di badannya oleh
pergerakan dakwah tanpa sempadan bumi.
Islam tidak juga membezakan pejuang yang mengalirkan darah kerana
menegakkan kalimah Allah. Setiap mereka
ini akan dinilai oleh Allah mengikut usaha yang dilakukan.
Namun Islam membezakan
penganutnya yang berjihad dan penganutnya yang meninggalkan jihad. Demikian Al-Imam Abdullah bin Al Mubarak
pernah menulis kepada sahabatnya yang
beriktikaf di Makkah sedangkan beliau
ketika itu berada di medan Jihad.
Wahai saudara yang sedang beribadat di tanah suci,
Kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui
Saudara hanya bermain-main dengan ibadah,
Siapa yang pipinya berlumuran air mata,
Maka leher kami berlumuran darah
Kalau kudamu penat di dalam kebatilan,
Maka kuda kami penat di medan perang.
Jihad
adalah kekuatan kental umat Islam yang
sangat ditakuti kaum kuffar.