Ramadan ini sahabat, marilah membuang tabiat pengambilan rokok kepada pemakanan yang sihat. Tentu sukar untuk beralih kepada sesuatu tabiat baru. Namun alangkah baiknya meinggalkan sesuatu yang buruk itu untuk selama-lamanya.
Sebenarnya pengambilan rokok, mendedahkan diri kepada penyakit kronik. Banyak hal berhubung pengambilan dadah bermula dengan pengambilan rokok. Seorang perokok bolehlah diistilahkan sedang berusaha membunuh dirinya secara perlahan-lahan kerana rokok mengandungi bahan kimia berbahaya dalam penyediaannya.
Dalam setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000
bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan
ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan
asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan
yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat
gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic),
gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi
pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun,
racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan