Sahabat… perjalanan
ini masih jauh. Masih panjang laluan
untuk sampai ke Syurga Allah. Buatlah
kebajikan sebanyaknya selagi ada peluang dan ruang. Itu saja bekalan untuk melalui perjalanan
yang panjang ini. Sesudah kehidupan ini
ada kematian dan sesudah itu ada perjalanan yang perlu diselesaikan. Apakah kita ketemu di alam sana, semua
bergantung kepada belas ihsan Allah; dan sedikit bekalan yang diterima di
sisi-Nya.
Mahu tidak mahu, kita
akan melalui proses terdekat dalam perjalanan yang masih jauh itu. Itulah kematian. Daripada sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada
jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari
arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan
bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini. Tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan
ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat
maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut
cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab
kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang
alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut mencuba pula dari arah telinga. Sebaik saja
malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan
Allah."
Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
bermaksud:"Wahai malaikat-Ku, tulis Asma-Ku di telapak tanganmu dan tunjukkan
kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah
S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka
keluarlah ruh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Ketika itu
sahabat… . Lihatlah pada sekujur tubuhmu, saudaraku
ketika ruhmu itu bergerak meninggalkan
dunia ini. Jasadmu yang tadinya panas semakin menyejuk. Kulitmu yang kemerahan tadinya semakin pucat
dan lebam. Bersegera kaum kerabatmu mendekati
jasadmu yang semakin sejuk
dan kaku itu.