Anak, teguhkan keimananmu kepada Allah. Laksanakan setiap titah perintah-Nya yang diturunkan melalui al-Qur'an dan laksanaan segala sunah Rasululullah s,a,w, Kita hanya makhluk yang lemah dan melata yang memerlukan bantuan dan pertolongan daripada Allah. Apalah kita di sisi Allah berbanding Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ingatlah, kita adalah hamba yang begitu kerdil di sisi Allah. Usah sombong. Usah takbur. Usah angkuh. Usah mensyirikkankan-Nya.
Ya Allah
Kau peliharalah ibu dan bapaku
Kau kasihanilah mereka
Kau bahagiakanlah mereka
Kau peliharalah ibu dan bapaku
Kau kasihanilah mereka
Kau bahagiakanlah mereka
Walau setinggi mana pengajianmu. Walau sebanyak mana pemberian wang ringgit dan harta benda kepada emak dan ayah, tidak terbalas jasa mak dan ayah yang memelihara kita sedari kecil.
Ya Allah, Ya Rabbi, ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sedari kukecil lagi.
Ayahku,
berkat bimbingan, teguran dan nasihatmu, jalan yang lurus akan terus kulalui.
Terima kasih ayah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan