Renunglah berkali-kali ke dalam dirimu. Renung sedalamnya sehingga
terasa dirimu lemas untuk menghadapi kehidupan ini. Di hujung perenungan
itu, nyata kamu tak punyai nilai apa-apa di sisi dunia yang lebih
gagah. Kamu punya ibu. Ibu pasti meninggalkan kamu sesudah
kematiannya. Kamu punyai bapa. Bapa juga akan meninggalkan kamu
sesudah kematiannya. Demikian juga pada adik beradik, kekasih, kenalan,
anak-anak, cucu cicit. Semuanya tidak akan kekal diam bersama-samamu. Kamu tidak punyai nilai apa-apa berbanding Allah yang mencipta segala sesuatu.
Jika kamu menyedari hakikat itu, pandanglah jauh-jauh ke horizon
kehidupan. Pandang dan fikir apakah dapat kaulangkah garis-garis
kehidupan yang payah ini. Tanamkan ke dalam hatimu bahawa kamu lebih
gagah daripada alam yang membeku. Malah lebih gagah berbanding binatang
yang hidup melata. Bergeraklah ke langkah pertama untuk meraih apa
jua kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.
Lihatlah masa hadapanmu. Meski masa hadapan adalah ghaib pada pandanganmu tetapi jelas pada pengetahuan. Kau dapat merangka kehidupan berasaskan bekalan yang kau raih. Jika kau pemegang sekeping sijil. Kau tahu di bidang mana patut kaulangkahkan kakimu di medan kehidupan ini. Demikian juga jika kaumiliki Ijazah, Sarjana atau Doktor Falsafah. Bekalan itu mampu menganjakmu lebih berjarak dengan rakan-rakanmu. Bersedih hati disebabkan sedikit kesilapan dan kecuaian untuk menghadapi masa hadapan akan mematikan kehendak dan membinasakan semangat
Jangan bersedih, sebab rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu yang memilukan hati, melukakan perasaan dan merosakkan kenyakinan. Kesedihan akan membuatmu khawatir dengan segala kemungkinan pada masa yang akan datang, dan kau akan mensia-siakan kesempatan pada hari ini.
Firman Allah:
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,” (Surah Al-Baqarah: 216)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan