
Mengikut Dr. Cindy Engles (Ph.D) pula dalam Wild Health: How Animals
Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, “Binatang-binatang
apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena
ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural ke
arah kesembuhan. Dalam sebuah jurnal perubatan berprestij, The Lancet,
disebutkan, “Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang
bersangatan adalah tidak memudaratkan. Jika berlaku kematian ketika berpuasa,
punca kematian dari sebab-sebab lain selain puasa perlulah diterokai terlebih
dahulu…” (Rujukan: Stewart, W., Fragmentation Of Cardiac Myofibrils After
Therapeutic Starvation, Lancet i:1154. 1969)
Tambahan daripada itu, kajian yang dilakukan di Universiti Utah ke atas
golongan Mormon yang berpuasa hanya sehari dalam sebulan mendapati ia merendahkan
risiko mereka menghidap sakit jantung. Hal ini dilaporkan dalam artikel
bertajuk Fasting? It’s Good For The Heart di http://www.earthtimes.org/
bertarikh 7 November 2007.
Penemuan yang sama diperoleh berdasarkan satu lagi kajian yang dikenali
sebagai Intermountain Heart Collaborative Study. Dalam kajian ini 515 pesakit
telah diuji kaji di sudut kesihatan jantung. Kajian ini mendapati mereka yang
kerap berpuasa mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung. Puasa
dalam kajian ini ditakrifkan sebagai meninggalkan jadual makanan utama, paling
kurang, 2 kali berturut-turut (no food or drink for at least two consecutive
meals). (Rujukan: McClure BS, May HT, Muhlestein JB, et al. Fasting May Reduce
The Risk Of Coronary Artery Disease. American Heart Association 2007 Scientific
Sessions; November 6, 2007; Orlando, FL. Abstract 3642)
Leon Chaitow (N.D., D.O., M.R.O.), pensyarah kanan di University of
Westminster, London dan juga penulis kepada 50 buku yang berkaitan dengan
kesihatan dan perubatan alternatif merumuskan, “Walaupun puasa mempunyai risiko
dan kesan sampingannya, namun berpuasa dengan tidak menjamah makanan dan
minuman dalam jangka masa yang pendek adalah amat selamat.” (Rujukan: Fasting
for Health and as an Anti-Aging Strategy, www.healthy.net)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan