Doum Fruits atau Gingerbread Palm Fruits atau Hyphaene Thebaica. Pokok ini adalah sejenis palma dari keluarga Arecaceae. Di Mesir, buah ini dipanggil Doum manakala dalam bahasa Swahili ianya dipanggil Mkoma manakala di India, pokoknya dipanggil Hoka.
Pokok ini hidup di sepanjang Sungai Nile sehingga ke Africa seperti di negara Sudan, Nigeria dan sangat popular di Mesir. Hyphaene Thebaica juga digelar Gingerbread Palm kerana buah ini mempunyai aroma yang tersendiri.
Doum Fruits menjadi popular di kalangan jemaah haji/umrah di Malaysia kerana dipercayai buah ini mampu meningkatkan kesuburan seseorang dan keberkesanan buah ini dari segi merawat kemandulan. Dan buah ini mempunyai elemen zat besi yang tinggi . Di Mesir mendapati buah ini juga mampu merawat diabetes. Buah ini juga mempunyai kadar antioksidan yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan