Rabu, 24 Oktober 2012

Pandanglah Jauh Ke Hadapan


Foto: Pandanglah Jauh Ke Hadapan


Ayuh! goreslah di dinding hati anda pada hari ini dengan kalimat, " Pandanglah jauh ke hadapan kerana di hadapan itu adalah hari-hari anda hidup penuh kebahagiaan."

Pada waktu ini, anda benar-benar berdiri tegak di atas tapak kaki anda. Pada waktu ini, mata anda tepat berfokus kepada tujuan hidup anda. Pada waktu ini anda mula menyibukkan diri untuk menjalankan satu demi satu perancangan hidup dan perancangan kehidupan yang sedang anda lalui itu nyata jauh berbeza dengan apa yang anda fikirkan sepuluh atau lima belas tahun lalu.

Wahai masa hadapan! Engkau masih dalam keghaiban. Aku tidak akan bermain-main dengan agakan dan hidup berpura-pura dalam khayalan. Aku akan bermula dari nokhtah ini dengan langkah dan semangat kental mencari kebahagiaan.

Langkah perkasa menuju kebahagiaan itu bermula pada hari ini. Mengapa perlu diabaikan hari ini semata-mata untuk menanti tibanya esok sedangkan pada hari esok, banyak kejayaan yang sepatutnya diraih hasil daripada usaha pada hari ini.

Pastikan hari ini adalah paling berguna dalam kehidupan. Inilah hari aku berpeluang membetulkan visi dan misi kehidupan. Inilah harinya aku berpeluang merancang kehidupan untuk satu tempoh yang allah izinkan aku hidup di atas muka bumi ini. Inilah harinya aku berpeluang bercakap perkara yang baik-baik. Inilah harinya aku dapat menulis perkataan-perkataan yang bernas. Inilah harinya aku dapat merenung kelemahan diri dan berusaha bertanya kepada sesiapa sahaja bagaimana resepi untuk mengatasi kelemahan itu. Inilah harinya yang sangat bermakna untuk menjalinkan silaturrahim dan persaudaraan. Semuanya perlu dilakukan pada hari ini dan tidak perlu menunggu datangnya esok hari.

Wahai hari yang sudah berlalu. Tenggelamlah kamu dalam sejarah yang diukir dalam ingatan, dibaca dalam kenangan. Aku tidak akan menangisi pemergianmu kerana pada semalam, aku sudah menunaikan semua tanggungjawabku sebagai seorang manusia.

Wahai masa hadapan yang indah. Aku datang dengan langkah perkasa. Aku datang mengikut pola rencana yang kubina, padat dengan visi dan misi dan perancangan hidup yang teliti. Wahai masa hadapan yang cemerlang, ingin kuraih impianku pada waktu yang sudah ditakdirkan untukku.

Firman Allah:

" Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka janganlah kamu minta disegerakan." (An-Nahl:1) Ayuh! goreslah di dinding hati anda pada hari ini dengan kalimat, " Pandanglah jauh ke hadapan kerana di hadapan itu adalah hari-hari anda hidup penuh kebahagiaan."

Pada waktu ini, anda benar-benar berdiri tega
k di atas tapak kaki anda. Pada waktu ini, mata anda tepat berfokus kepada tujuan hidup anda. Pada waktu ini anda mula menyibukkan diri untuk menjalankan satu demi satu perancangan hidup dan perancangan kehidupan yang sedang anda lalui itu nyata jauh berbeza dengan apa yang anda fikirkan sepuluh atau lima belas tahun lalu.

Wahai masa hadapan! Engkau masih dalam keghaiban. Aku tidak akan bermain-main dengan agakan dan hidup berpura-pura dalam khayalan. Aku akan bermula dari nokhtah ini dengan langkah dan semangat kental mencari kebahagiaan.

Langkah perkasa menuju kebahagiaan itu bermula pada hari ini. Mengapa perlu diabaikan hari ini semata-mata untuk menanti tibanya esok sedangkan pada hari esok, banyak kejayaan yang sepatutnya diraih hasil daripada usaha pada hari ini.

Pastikan hari ini adalah paling berguna dalam kehidupan. Inilah hari aku berpeluang membetulkan visi dan misi kehidupan. Inilah harinya aku berpeluang merancang kehidupan untuk satu tempoh yang allah izinkan aku hidup di atas muka bumi ini. Inilah harinya aku berpeluang bercakap perkara yang baik-baik. Inilah harinya aku dapat menulis perkataan-perkataan yang bernas. Inilah harinya aku dapat merenung kelemahan diri dan berusaha bertanya kepada sesiapa sahaja bagaimana resepi untuk mengatasi kelemahan itu. Inilah harinya yang sangat bermakna untuk menjalinkan silaturrahim dan persaudaraan. Semuanya perlu dilakukan pada hari ini dan tidak perlu menunggu datangnya esok hari.

Wahai hari yang sudah berlalu. Tenggelamlah kamu dalam sejarah yang diukir dalam ingatan, dibaca dalam kenangan. Aku tidak akan menangisi pemergianmu kerana pada semalam, aku sudah menunaikan semua tanggungjawabku sebagai seorang manusia.

Wahai masa hadapan yang indah. Aku datang dengan langkah perkasa. Aku datang mengikut pola rencana yang kubina, padat dengan visi dan misi dan perancangan hidup yang teliti. Wahai masa hadapan yang cemerlang, ingin kuraih impianku pada waktu yang sudah ditakdirkan untukku.

Firman Allah:

" Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka janganlah kamu minta disegerakan." (An-Nahl:1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan