Jumaat, 23 September 2011

SALAH SATU TANDA HAMPIR KIAMAT


Dalam satu hadis ketika Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w. akan perihal tanda-tanda akan kiamat, Jibril mengatakan , "Beritahukan padaku tentang tanda-tandanya?"

Jawab Rasulullah s.'a.w: "... apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi."

Kini tanda-tanda itu sudah sangat jelas. Di serata dunia sudah dibangunkan bangunan yang tinggi-tinggi. Bangunan yang paling tinggi berada di Makkah. Demikian dapat dilihat senarai bangunan tersebut.

1 Abraj Al Bait Towers Mecca 1,500,000 m² (16.15 million sq ft) [7]






2 Dubai International Airport Terminal 3 Dubai 1,185,000 m² (12.76 million sq ft) [8] 







3 CentralWorld Bangkok 1,024,000 m² (11.0 million sq ft)










4 Aalsmeer Flower Auction Aalsmeer 990,000 m² (10.6 million sq ft) [9]
5 Beijing Capital International Airport Terminal 3 Beijing 986,000 m² (10.6 million sq ft) [10]
6 The Venetian Macao Macau 980,000 m² (10.5 million sq ft) [11]
7 Berjaya Times Square Kuala Lumpur 700,000 m² (7.5 million sq ft) [12]
8 Central Park Jakarta Complex Jakarta 655,000 m² (7.0 million sq ft) [13]
9 The Palazzo Las Vegas 645,581 m² (6.9 million sq ft) [14]
10 Grand Indonesia Jakarta 640,000 m² (6.9 million sq ft) [15]
11 The Pentagon Virginia 610,000 m² (6.6 million sq ft) [16]
12 K-25 (currently under demolition)[17] Tennessee 609,000 m² (6.6 million sq ft) 13 Air Force Plant 4 Texas 603 870 m² (6.5 million sq ft) [18]
14 Marina Bay Sands Singapore 581,400 m² (6,258,000 sq ft) [19]
15 Keangnam Hanoi Landmark Tower Vietnam 579,000 m² (6.4 million sq ft)
16 Hong Kong International Airport Terminal 1 Hong Kong 570,000 m² (6.3 million sq ft) [20]
17 Suvarnabhumi Airport Bangkok 563,000 m² (6.06 million sq ft) [21]
18 ATL Logistics Centre, Centre B Hong Kong 550,000 m² (6.0 million sq ft) [22] 19 Mexico City International Airport Terminal 1 Mexico City 548,000 m2 (5,900,000 sq ft) [citation needed]
20 Barcelona Airport Terminal 1 Barcelona 544,066 m2 (5,856,280 sq ft) [23]
21 Warren G. Magnuson Health Sciences Building Seattle 533,000 m² (5.7 million sq ft) [24]
22 Osaka Station City[citation needed] Umeda, Osaka 530,000 m² (5.705 million sq ft) open in May 4, 2011[citation needed]
23 Renaissance Center (Five towers rise from a common base, plus two joined by attached concourse.) Detroit 515,800 m² (5.55 million sq ft) [25][26]
24 Indira Gandhi International Airport Terminal 3 Delhi 502,000 m² (5.4 million sq ft) [27]
25 Incheon International Airport Seoul 496,000 m2 (5,340,000 sq ft) [28]
26 Chrysler Technical Center Auburn Hills 492,000 m² (5.3 million sq ft) [29]
27 Barajas Airport Terminal 4 main building Madrid 470,000 m2 (5,100,000 sq ft) [citation needed]
28 Burj Khalifa Dubai 464,511 m² (5 million sq ft) [30]
29 Toronto Pearson International Airport Terminal 1 Toronto 464,000 m²
30 Persian Gulf Complex
(Persian: مجتمع خلیج فارس, mojtama'e Khalij-e Fars)
Shiraz 450,000 m² (4.8 million sq ft) [31]
31 Embarcadero Center (Six interconnected towers) San Francisco 445,900 m² (4.8 million sq ft) [32]
32 Narita International Airport Terminal 1 Narita 449,600 m2 (4,839,000 sq ft) [33]
33 Willis Tower Chicago 418,000 m² (4.5 million sq ft) 1,510,000 m³ (53.4 million cu ft) [34]
34 Nagoya Station Nagoya 416,565 m² [citation needed]
35 USAA San Antonio 414,642 m² (4,463,180 sq ft) [35]
36 Taipei 101 Taipei 412,500 m² (4,440,100 sq ft)
37 Boeing Plant Everett 398,000 m² (4.3 million sq ft) 13.3 million m³ (472 million cu ft) [2]
38 Yokohama Landmark Tower Yokohama 392,885 m2 (4,228,980 sq ft) [citation needed]
39 Singapore Changi Airport Terminal 3 Singapore 380,000 m2 (4,100,000 sq ft) [36]
40 Mori Tower Tokyo 379,408 m2 (4,083,910 sq ft) [citation needed]
41 Shanghai World Financial Center Shanghai 377,300 m² (4.1 million sq ft) [citation needed]
42 Merchandise Mart Chicago 372,000 m² (4 million sq ft) [37]

Memang hari kiamat itu sudah sangat hampir.Mereka yang merasakan kiamat masih jauh adalah mereka yang tidak mengenal Allah,tidak beribadat kepada Allah malah sentiasa leka dengan hiburan dan sangat terpesona dengan dunia .Marilah bersama ki...ta rasakan bahawa sekaranglah masanya untuk kita bukan sahaja berdoa minta kesejahteraan tetapi pada masa sama banyakkan bertaubat supaya kita semua diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan.Sesungguhnya kalaulah tidak dengan keampunan itu maka tidak mungkin untuk kita diterima Allah ke syurgaNya

Khamis, 22 September 2011

TERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN USAHA SEGIGIHNYA


Anak, jangan bersedih menghadapii kesusahan. Kesusahan itu adalah ujian hidup untuk mengangkat manusia lebih gagah untuk menghadapi kehidupan ini.

Dalam kehidupanmu, ingatilah kata-kata Bunya Hamka,,

" Jangan dipandang kepada kesenangan seseorang. Pandanglah kepada kesusahan dan kesulitan yang dihadapinya sebelum dia menjadi senang."

Kau mesti berfikir begitu

Jangan kaurisau dengan penderitaan kerana ia bukan dosa.  Jangan kausedih dengan kesusahan kerana ia bukan kesakitan. Risaulah dengan dosa.  Bersedihlah dengan ibadahmu yang tidak sempurna.
Ingatlah, tidak ada kejayaan tanpa kesusahan.  Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan.  
Kesusahan itulah yang akan menjadi kenang-kenangan serta pedoman untuk mentadbir diri tatkala beroleh kesenangan nanti.

Rabu, 21 September 2011

TETAP KUKENANG JASA AYAH IBU


Anak, teguhkan keimananmu kepada Allah. Laksanakan setiap titah perintah-Nya yang diturunkan melalui al-Qur'an dan laksanaan segala sunah Rasululullah s,a,w, Kita hanya makhluk yang lemah dan melata yang memerlukan bantuan dan pertolongan daripada Allah. Apalah kita di sisi Allah berbanding Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ingatlah, kita adalah hamba yang begitu kerdil di sisi Allah.  Usah sombong. Usah takbur. Usah angkuh.  Usah mensyirikkankan-Nya.

Ya Allah
Kau peliharalah ibu dan bapaku
Kau kasihanilah mereka
Kau bahagiakanlah mereka

Walau setinggi mana  pengajianmu.  Walau  sebanyak mana pemberian wang ringgit dan  harta benda  kepada emak dan ayah, tidak  terbalas jasa mak dan ayah  yang memelihara kita sedari kecil.

Ya Allah, Ya Rabbi, ampunilah dosa  kedua ibu bapaku.  Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sedari kukecil lagi.

Ayahku, 

berkat bimbingan, teguran dan nasihatmu, jalan yang lurus akan  terus  kulalui.

Terima kasih ayah .

PULANG MENZIARAHI AYAHANDA BONDA




Pulang-pulanglah ke kampung halaman wahai anak sempena Aidilfitri ini. . Usah tunggu selesainya hari raya itu. Usaha berfikir orang tua belum merindui.  

Ya, rasanya tidak wajarlah dibandingkan dengan nilai wang ringgit untuk menelefon mereka..sehingga ada seorang pendakwah pernah mengatakan bahwa sekiranya ibu bapa yg menelefon si anak maka akan jatuhlah hukum derhaka atas anak itu...sampai begitu skali akan kewajaran mengingati ibu bapa.

Ibu  bapa adalah segala-galanya.  Tanpa mereka siapalah kita.. Usah kita berbangga kerana dilahirkan di dunia ini jika kita sanggup menderhaka kepada ibu bapa .  Jangan sekali-kali menyakitkan hati kedua-dua  mereka.   Selagi mereka ada di muka bumi ini,  railah mereka seadanya.   

 Bersedialah kita untuk memahami mereka .

Khamis, 28 Julai 2011

Kesegaran Fikiran

Seni untuk mendapatkan kegembiraan adalah bagaimana mengawal dan menjaga fikiran supaya tidak binggung. Kegagalan mengawal fikiran itu menyebabkan fail-fail kedukaan dan kesedihan masa lalu terus dibuka dan diungkit. Tubuh menjadi gementar. Sakhsiah menjadi goyah dan perasaan dendam diam-diam mulai membara

Isnin, 18 Julai 2011

DI LORONG KEHIDUPAN  

Tidak semua  orang melalui kehidupan dengan lancar tanpa kesusahan.  Amat sedikit.  Kalau ada pun bernasib begitu, tidak semua  resam kehidupan ini dapat dimilikinya.  Kehidupan memang mengundang asam garam kehidupan yang berbagai-bagai.  Ada kala kehidupan ini berada dalam kegembiraan.  Ada kalanya pula menempuh kesusahan.  Ada kalanya kehidupan dipenuhi  kebosanan.  Itulah satu kehidupan.  Manusia akan  menempuhi  setiap hari kehidupan itu dengan pelbagai pengalaman duka suka, pahit manis kerana memang itulah lumrah kehidupan.

               Orang-orang yang berjaya membina kehidupan dan meraih kesenangan hidup tidak usah dinilai pada pandangan mata.  Mereka   menikmati kesenangan setelah bertungkus lumus berusaha.  Tanyalah mereka bagaimana kesulitan dan kesusahan yang pernah dihadapi oleh mereka.  Mereka pasti bercerita dari satu peristiwa ke satu peristiwa.

             Orang-orang yang terlantar lantaran  gagal dan terus gagal dalam setiap usaha mempunyai cerita yang berbeza.  Yang gagal setelah sekian banyak usaha pasti kaya dengan pengalaman yang sangat berguna untuk panduan kehidupan.  Orang yang terlantar dan tidak mengorak langkah memulakan usaha pembaikan kehidupan,  mereka akan terus berada di situ.  Mereka tidak bergerak dari titik mula dan tidak mempunyai harta dan pengalaman untuk ditampilkan sebagai bukti mereka hidup sebagai manusia.

               Lewat Al-Quran, Allah memandu manusia ke satu jalan yang menjadikan manusia itu bebas daripada kefakiran kehidupan.  Manusia menjadi kuat dengan teguh dan kuat imannya.  Manusia ditingkatkan darjatnya di kalangan manusia dengan amal soleh yang dilakukannya.

              " Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedang ia beriman; maka sesunggguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan memberi pahala yang lebih baik daripada  apa yang dikerjakan oleh mereka." (An-Nahl:97)
DI SEBALIK KHASIAT MINYAK ZAITUN










Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasil tani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.




KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN




• Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian

• Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis

• Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)

• Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut

• Antioksidan dan antikanser

• Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)

• Membekal vitamin E

• Kecantikan (kulit dan rambut)

• Kestabilan asid lemak

• Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan

• Kegunaan masajterapi




Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan pada zaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak Zaiton merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.