Rabu, 5 Oktober 2011

BANGSAKU BANGSA MELAYU


Allah mentakdirkan aku dihidupkan sebagai umat bangsa Melayu. Takdir itu juga menjadikan aku fasih dan memahami setiap kosa kata Melayu, merasai dan mengerti akan hati budi dan pekerti Melayu.

Aku menerima berbagai-bagai pandangan berhubung sejarah bangsa ini. Beratus-ratus buah buku kutelaah untuk mengoreksi diri mencari hakikat jati diri bangsa.

Namun pandangan terakhir ini sangat menyen...tuh perasaan atas sifatnya mendekatkan bangsa ini dengan anbia' dan suruhan Allah.

Menurut Ibnu Athir al-Jazari dalam kitabnya al-kamil fi at-tarikh, adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah. Dari pernikahan ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Dari keturunan inilah berkembang-biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satu Tuhan

Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitu negeri Asia Timur dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti Kerajaan Melayu Champa dan Langkasuka. Apabila berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang tinggal di kawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-pulau di nusantara dan membentuk pula beberapa kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit bahawa penghijrahan dari tanah besar ke kepulauan nusantara di sebut sebagai MELAYU

Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan EphraimPengkajian Yahudi telah membuktikan bahawa terdapat banyak golongan Manasseh di sebelah timur. Antara negara tersebut ialah Afghanistan, utara Pakistan (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Ralph Olssen, seorang professor Amerika mengatakan ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israel (keturunan Yusof a.s.)

Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa suku Minangkabau (satu dari rumpun Melayu Pagar Ruyung) dan suku Kelantan (satu dari rumpun Melayu Fathani) adalah baka Melayu asli

Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan