KE MANA KAUHABISI USIAMU
Maaf kiranya
aku terlalu berterus-terang menyanggah
nista tentang sekelumit
Maaf kiranya
aku terlalu berterus-terang menyanggah
nista tentang sekelumit
usiamu yang masih bersisa.
Mengapa selalu kaluluruskan kata
mengia nista bermaharajalela.
Belaklah helai-helai usiamu ,
teliti dan adili di mana kauhabisi
setiap detik dalam usia itu. Lalu jangan kautangis
detik berlalu itu kerana
detik mendatang menuntut satu perubahan.
Ke mana kauhabisi usiamu.
Tanda-tanda usahamu
tidak melekat di jejak tapak kakimu.
Tidak juga ada bayang-bayang yang
dapat diukir sebagai bukti wujudmu.
Sempambaru
45 Oktober 2012
Mengapa selalu kaluluruskan kata
mengia nista bermaharajalela.
Belaklah helai-helai usiamu ,
teliti dan adili di mana kauhabisi
setiap detik dalam usia itu. Lalu jangan kautangis
detik berlalu itu kerana
detik mendatang menuntut satu perubahan.
Ke mana kauhabisi usiamu.
Tanda-tanda usahamu
tidak melekat di jejak tapak kakimu.
Tidak juga ada bayang-bayang yang
dapat diukir sebagai bukti wujudmu.
Sempambaru
45 Oktober 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan