Jagalah Allah nescaya Allah senantiasa menjagamu.
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepad
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepad
aku: Wahai anak!
Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah
nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan
dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari
Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk
memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu
memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah
telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan
kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan
kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah tentukannya
untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering
(dakwatnya).Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah
Hadis Hasan Sohih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan