MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?
Nikmat Allah terbahagi kepada 5 jenis :
i. Nikmat fardhiyah iaitu nikmat tubuh badan kita sendiri. Mata
yang mampu melihat,akal yang mampu membezakan baik dan buruk, tangan
yang mampu menulis,kaki yang mampu berjalan dan sebagainya .
ii. Nikmat ikhtiariah iaitu yang kita rasa apabila kita
berusaha. Contohnya,apabila kita berusaha bersungguh-sungguh dalam
pelajaran. Dengan izin Allah,kita mendapat keputusan yang cemerlang
iii. Nikmat alamiyah pula adalah nikmat alam semesta.
Allah juga telah menundukkan semua alam semesta untuk manusia
sekalian alam. Kita tak mungkin mampu menangkap seekor ayam untuk
dijadikan makanan melainkan dengan izin Allah semata-mata. Sayangnya
Allah pada kita!
‘Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit
dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dariNya.
Sesungguhnya,dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.’ [Al
Jathiyah:13]
iv. Nikmat deeniyah iaitu Islam itu adalah
agama yang benar. Islam itu bukanlah hanya mengucap dua kalimah
syahadah. Islam itu perlu diterjemah sebagai cara hidup yang lenkap,
way of life bukan sebagai agama ibadah semata-mata.
‘…Pada
hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu,dan telah Aku
cukupkan kepada kamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu menjadi
agama bagi kamu…’ [Al Maidah:3]
v. Nikmat yang terakhir
adalah nikmat ukhrawiyah berkaitan dengan hari akhirat. Syurga dan
neraka. Rebutlah akhirat tanpa meninggalkan dunia.
Dalam
mengecapi nikmat Allah yang amat luas ini, pertingkatkan rasa syukur ke
hadrat Ilahi dengan menjadikan diri manusia terbaik melaksanakan Islam
dalam kehidupan, menjadi manusia terbaik menjaga keimanan kepada Allah.
.
‘Sesungguhnya,jika kamu bersyukur,pasti kami tambah
nikmatnya kepadamu,dan jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azabku
sangat pedih.’ . [Al Ibrahim:7]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan