ALLAH YANG MENGANGKAT SESEORANG SEBAGAI PEMIMPIN
Urusan membuang undi cuma sebab kepada tibanya takdir Allah. Ada pun
setiap kejadian itu tertakluk kepada takdir Allah menentukannya. Bagi
calon yang menang, anda adalah orang yang dipilih Allah untuk memikul amanah urusan kehidupan manusia di atas muka bumi.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang
Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali
Imran:26)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan