TERIMALAH TEGURAN KERANA DI SITU BANYAK KEBAIKANNYA
Pernah satu ketika dimana Saidina Umar al-Khattab ditegur oleh
seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut dengan hati
yang terbuka. Maka orang yang melihat keadaan tersebut
berasa pelik dan janggal. Mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin,
kenapa kau menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?"
lantas Saidina Umar menjawab, " Ya, dia berdosa kerana meminum arak,
tetapi teguran dia kepadaku adalah benar."
"Janganlah Melihat Kepada Siapa Yang Menegur, Tetapi Lihatlah Apa Yang Ditegur"
Demikian Umar al-Khattab yang punyai kerendahan diri. Maka
siapalah diri ini untuk dibanding dengan tokoh semulia itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan