Maaf, agak kasar bahasa saya . Saya mengingatkan diri sendiri dan
semua jangan membeli juadah berbuka puasa daripada tangan yang tidak
solat,tangan yang melakukan maksiat
kepada Allah. Tiga belas jam menahan diri daripada makan dan minum
tiba-tiba kita berbuka berpuasa dengan makanan yang dihasilkan oleh
tangan yang tidak takutkan Allah S.W.T
Subhanallah… .
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak
dijadikan cerita, Allah swt pun kurniakan isteri si lelaki itupun hamil
dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki itupun runsing.
Dia sudah bernazar hendak meminum air kencing anjing hitam. Syariat
pada zaman Nabi Musa a.s. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat
Nabi Muhammad saw. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram,
maka tak payah dibuat, tapi cuma kena denda (dam) atau sedekah.
Kalau pada zaman Nabi Musa a.s, barang siapa yang bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi
ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa a.s menjawab bahawa lelaki itu tidak
perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih
hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa a.s perintahkan lelaki
tersebut pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati,
menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa a.s
Bagi
pembeli pula, buatlah pilihan bijak dan tepat. Carilah peniaga yang
benar-benar berkualiti dari aspek peribadi beragama mahupun makanan
disediakan. Apakah puasa kita mampu mencapai status puasa diberkati jika
kita mengambil makanan daripada hasil tangan mereka yang tidak
menunaikan solat serta tidak menutup aurat. Walaupun kau membeli
makanan itu dengan usaha jerih untuk mendapatkan upah yang halal, lalu
kaubeli makanan daripada orang tidak takutkan Allah. Apakah tidak
kaubimbang makanan itu ada bercampur bahan halal haramnya. Lalau
makanan itu kaumakan makanan itu. Walaupun halal dimakan tetapi
mesti ada kebimbangan di hati kau terhadap adunan makanan itu bercampur
bahan-bahan yang kurang baik.
Usahakanlah mendapatkan makanan
terbaik, suci dan halal dan dibuat oleh orang-orang yang menjaga agama
Islam. Suatu hari seorang sahabat, Saad ibn Waqqas bertanya kepada
Rasulullah SAW: “Wahai tuan, doakan aku kepada Allah supaya aku
dijadikan orang mustajab (makbul) doa. Lalu Rasulullah SAW menjawab:
Wahai Saad, makanlah makanan yang baik (halal), tentu engkau menjadi
orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad,
sesungguhnya jika seseorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal
ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan