Khamis, 6 Oktober 2011

Menitis Adab dalam Pendidikan

 

Demikian adab itu semakin  menipis dalam pendidikan ummah hari ini.  Raja Ali Haji, Ulama besar dan sasterawan dari Riau , dalam kitabnya,  Bustan al Katibin,  yang ditulisnya tahun 1850, menyatakan: “Jikalau beberapa pun bangsa jika tiada ilmu dan akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya, yakni kehinaan juga diperolehnya.” 

Syekh Wan Ahmad al Fathani dari Pattani (1856-1908), dalam kitabnya Hadiqatul Azhar war Rayahin  berpesan   “ Jadikan olehmu akan yang sekedudukan engkau itu (majlis) perhimpunan ilmu yang engkau muthalaah akan dia supaya mengambil guna engkau daripada segala adab dan hikmah.”

 Perkataan adab, menurut Prof. Syed Naquib al Attas, memiliki arti yang sangat luas dan mendalam, sebab pada awalnya perkataan adab berarti undangan ke sebuah jamuan makan,yang di dalamnya sudah terkandung ide mengenai hubungan social yang baik dan mulia. Namun adab kemudian digunakan dalam konteks yang terbatas, seperti untuk sesuatu yang merujuk pada kajian kesusastraan dan etika profesional dan kemasyarakatan.  

Al Farabi juga mendefinisikan ta’dib sebagai aktivitas yang memproduksi suatu karakter yang bersumber dari sikap moral. Maka, sebenarnya, makna kedua istilah, ta’lim dan tarbiyah telah tercakup di dalam istilah ta’dib.  

Ibnul Mubarak menyatakan: “Kita lebih memerlukan adab daripada ilmu yang banyak.”

 Dalam Bidayatul Hidayah, Imam Al-Ghazali mengingatkan, orang yang mencari ilmu dengan niat yang salah, untuk mencari keuntungan duniawi dan pujian manusia, sama saja dengan menghancurkan agama.  

Ibnul Qayyim al-Jauziyah, murid terkemuka Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, juga menulis sebuah buku berjudul Al-Ilmu.  Beliau mengutip ungkapan Abu Darda’ r.a.  yang menyatakan: “Barangsiapa berpendapat bahwa pergi menuntut ilmu bukan merupakan jihad, sesungguhnya ia kurang akalnya.” 

 Abu Hatim bin Hibban juga meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah r.a., yang  pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa masuk ke masjidku ini untuk belajar kebaikan atau untuk mengajarkannya, maka ia laksana orang yang berjihad di jalan Allah.”

Karena begitu mulianya kedudukan ilmu dalam Islam, maka seorang yang beradab tidak akan mensia-siakan umurnya untuk menjauhi ilmu, atau mengejar ilmu yang tidak bermanfaat, atau salah niat dalam meraih ilmu.  
 Demikian kehidupan itu sangat dimuliakan apabila zahir  "orang yang pandai adalah orang yang pandai meraikan adab."

Rabu, 5 Oktober 2011

ILMU YANG BERMANFAAT


Ilmu.

Sungguh besar faedah dan manfaat menuntut ilmu.

Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
... يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"


Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"


Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu

BANGSAKU BANGSA MELAYU


Allah mentakdirkan aku dihidupkan sebagai umat bangsa Melayu. Takdir itu juga menjadikan aku fasih dan memahami setiap kosa kata Melayu, merasai dan mengerti akan hati budi dan pekerti Melayu.

Aku menerima berbagai-bagai pandangan berhubung sejarah bangsa ini. Beratus-ratus buah buku kutelaah untuk mengoreksi diri mencari hakikat jati diri bangsa.

Namun pandangan terakhir ini sangat menyen...tuh perasaan atas sifatnya mendekatkan bangsa ini dengan anbia' dan suruhan Allah.

Menurut Ibnu Athir al-Jazari dalam kitabnya al-kamil fi at-tarikh, adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah. Dari pernikahan ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Dari keturunan inilah berkembang-biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satu Tuhan

Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitu negeri Asia Timur dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti Kerajaan Melayu Champa dan Langkasuka. Apabila berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang tinggal di kawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-pulau di nusantara dan membentuk pula beberapa kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit bahawa penghijrahan dari tanah besar ke kepulauan nusantara di sebut sebagai MELAYU

Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan EphraimPengkajian Yahudi telah membuktikan bahawa terdapat banyak golongan Manasseh di sebelah timur. Antara negara tersebut ialah Afghanistan, utara Pakistan (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Ralph Olssen, seorang professor Amerika mengatakan ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israel (keturunan Yusof a.s.)

Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa suku Minangkabau (satu dari rumpun Melayu Pagar Ruyung) dan suku Kelantan (satu dari rumpun Melayu Fathani) adalah baka Melayu asli

Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahu

Jumaat, 23 September 2011

SALAH SATU TANDA HAMPIR KIAMAT


Dalam satu hadis ketika Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w. akan perihal tanda-tanda akan kiamat, Jibril mengatakan , "Beritahukan padaku tentang tanda-tandanya?"

Jawab Rasulullah s.'a.w: "... apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi."

Kini tanda-tanda itu sudah sangat jelas. Di serata dunia sudah dibangunkan bangunan yang tinggi-tinggi. Bangunan yang paling tinggi berada di Makkah. Demikian dapat dilihat senarai bangunan tersebut.

1 Abraj Al Bait Towers Mecca 1,500,000 m² (16.15 million sq ft) [7]






2 Dubai International Airport Terminal 3 Dubai 1,185,000 m² (12.76 million sq ft) [8] 







3 CentralWorld Bangkok 1,024,000 m² (11.0 million sq ft)










4 Aalsmeer Flower Auction Aalsmeer 990,000 m² (10.6 million sq ft) [9]
5 Beijing Capital International Airport Terminal 3 Beijing 986,000 m² (10.6 million sq ft) [10]
6 The Venetian Macao Macau 980,000 m² (10.5 million sq ft) [11]
7 Berjaya Times Square Kuala Lumpur 700,000 m² (7.5 million sq ft) [12]
8 Central Park Jakarta Complex Jakarta 655,000 m² (7.0 million sq ft) [13]
9 The Palazzo Las Vegas 645,581 m² (6.9 million sq ft) [14]
10 Grand Indonesia Jakarta 640,000 m² (6.9 million sq ft) [15]
11 The Pentagon Virginia 610,000 m² (6.6 million sq ft) [16]
12 K-25 (currently under demolition)[17] Tennessee 609,000 m² (6.6 million sq ft) 13 Air Force Plant 4 Texas 603 870 m² (6.5 million sq ft) [18]
14 Marina Bay Sands Singapore 581,400 m² (6,258,000 sq ft) [19]
15 Keangnam Hanoi Landmark Tower Vietnam 579,000 m² (6.4 million sq ft)
16 Hong Kong International Airport Terminal 1 Hong Kong 570,000 m² (6.3 million sq ft) [20]
17 Suvarnabhumi Airport Bangkok 563,000 m² (6.06 million sq ft) [21]
18 ATL Logistics Centre, Centre B Hong Kong 550,000 m² (6.0 million sq ft) [22] 19 Mexico City International Airport Terminal 1 Mexico City 548,000 m2 (5,900,000 sq ft) [citation needed]
20 Barcelona Airport Terminal 1 Barcelona 544,066 m2 (5,856,280 sq ft) [23]
21 Warren G. Magnuson Health Sciences Building Seattle 533,000 m² (5.7 million sq ft) [24]
22 Osaka Station City[citation needed] Umeda, Osaka 530,000 m² (5.705 million sq ft) open in May 4, 2011[citation needed]
23 Renaissance Center (Five towers rise from a common base, plus two joined by attached concourse.) Detroit 515,800 m² (5.55 million sq ft) [25][26]
24 Indira Gandhi International Airport Terminal 3 Delhi 502,000 m² (5.4 million sq ft) [27]
25 Incheon International Airport Seoul 496,000 m2 (5,340,000 sq ft) [28]
26 Chrysler Technical Center Auburn Hills 492,000 m² (5.3 million sq ft) [29]
27 Barajas Airport Terminal 4 main building Madrid 470,000 m2 (5,100,000 sq ft) [citation needed]
28 Burj Khalifa Dubai 464,511 m² (5 million sq ft) [30]
29 Toronto Pearson International Airport Terminal 1 Toronto 464,000 m²
30 Persian Gulf Complex
(Persian: مجتمع خلیج فارس, mojtama'e Khalij-e Fars)
Shiraz 450,000 m² (4.8 million sq ft) [31]
31 Embarcadero Center (Six interconnected towers) San Francisco 445,900 m² (4.8 million sq ft) [32]
32 Narita International Airport Terminal 1 Narita 449,600 m2 (4,839,000 sq ft) [33]
33 Willis Tower Chicago 418,000 m² (4.5 million sq ft) 1,510,000 m³ (53.4 million cu ft) [34]
34 Nagoya Station Nagoya 416,565 m² [citation needed]
35 USAA San Antonio 414,642 m² (4,463,180 sq ft) [35]
36 Taipei 101 Taipei 412,500 m² (4,440,100 sq ft)
37 Boeing Plant Everett 398,000 m² (4.3 million sq ft) 13.3 million m³ (472 million cu ft) [2]
38 Yokohama Landmark Tower Yokohama 392,885 m2 (4,228,980 sq ft) [citation needed]
39 Singapore Changi Airport Terminal 3 Singapore 380,000 m2 (4,100,000 sq ft) [36]
40 Mori Tower Tokyo 379,408 m2 (4,083,910 sq ft) [citation needed]
41 Shanghai World Financial Center Shanghai 377,300 m² (4.1 million sq ft) [citation needed]
42 Merchandise Mart Chicago 372,000 m² (4 million sq ft) [37]

Memang hari kiamat itu sudah sangat hampir.Mereka yang merasakan kiamat masih jauh adalah mereka yang tidak mengenal Allah,tidak beribadat kepada Allah malah sentiasa leka dengan hiburan dan sangat terpesona dengan dunia .Marilah bersama ki...ta rasakan bahawa sekaranglah masanya untuk kita bukan sahaja berdoa minta kesejahteraan tetapi pada masa sama banyakkan bertaubat supaya kita semua diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan.Sesungguhnya kalaulah tidak dengan keampunan itu maka tidak mungkin untuk kita diterima Allah ke syurgaNya

Khamis, 22 September 2011

TERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN USAHA SEGIGIHNYA


Anak, jangan bersedih menghadapii kesusahan. Kesusahan itu adalah ujian hidup untuk mengangkat manusia lebih gagah untuk menghadapi kehidupan ini.

Dalam kehidupanmu, ingatilah kata-kata Bunya Hamka,,

" Jangan dipandang kepada kesenangan seseorang. Pandanglah kepada kesusahan dan kesulitan yang dihadapinya sebelum dia menjadi senang."

Kau mesti berfikir begitu

Jangan kaurisau dengan penderitaan kerana ia bukan dosa.  Jangan kausedih dengan kesusahan kerana ia bukan kesakitan. Risaulah dengan dosa.  Bersedihlah dengan ibadahmu yang tidak sempurna.
Ingatlah, tidak ada kejayaan tanpa kesusahan.  Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan.  
Kesusahan itulah yang akan menjadi kenang-kenangan serta pedoman untuk mentadbir diri tatkala beroleh kesenangan nanti.

Rabu, 21 September 2011

TETAP KUKENANG JASA AYAH IBU


Anak, teguhkan keimananmu kepada Allah. Laksanakan setiap titah perintah-Nya yang diturunkan melalui al-Qur'an dan laksanaan segala sunah Rasululullah s,a,w, Kita hanya makhluk yang lemah dan melata yang memerlukan bantuan dan pertolongan daripada Allah. Apalah kita di sisi Allah berbanding Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ingatlah, kita adalah hamba yang begitu kerdil di sisi Allah.  Usah sombong. Usah takbur. Usah angkuh.  Usah mensyirikkankan-Nya.

Ya Allah
Kau peliharalah ibu dan bapaku
Kau kasihanilah mereka
Kau bahagiakanlah mereka

Walau setinggi mana  pengajianmu.  Walau  sebanyak mana pemberian wang ringgit dan  harta benda  kepada emak dan ayah, tidak  terbalas jasa mak dan ayah  yang memelihara kita sedari kecil.

Ya Allah, Ya Rabbi, ampunilah dosa  kedua ibu bapaku.  Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sedari kukecil lagi.

Ayahku, 

berkat bimbingan, teguran dan nasihatmu, jalan yang lurus akan  terus  kulalui.

Terima kasih ayah .

PULANG MENZIARAHI AYAHANDA BONDA




Pulang-pulanglah ke kampung halaman wahai anak sempena Aidilfitri ini. . Usah tunggu selesainya hari raya itu. Usaha berfikir orang tua belum merindui.  

Ya, rasanya tidak wajarlah dibandingkan dengan nilai wang ringgit untuk menelefon mereka..sehingga ada seorang pendakwah pernah mengatakan bahwa sekiranya ibu bapa yg menelefon si anak maka akan jatuhlah hukum derhaka atas anak itu...sampai begitu skali akan kewajaran mengingati ibu bapa.

Ibu  bapa adalah segala-galanya.  Tanpa mereka siapalah kita.. Usah kita berbangga kerana dilahirkan di dunia ini jika kita sanggup menderhaka kepada ibu bapa .  Jangan sekali-kali menyakitkan hati kedua-dua  mereka.   Selagi mereka ada di muka bumi ini,  railah mereka seadanya.   

 Bersedialah kita untuk memahami mereka .