Khamis, 22 September 2011

TERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN USAHA SEGIGIHNYA


Anak, jangan bersedih menghadapii kesusahan. Kesusahan itu adalah ujian hidup untuk mengangkat manusia lebih gagah untuk menghadapi kehidupan ini.

Dalam kehidupanmu, ingatilah kata-kata Bunya Hamka,,

" Jangan dipandang kepada kesenangan seseorang. Pandanglah kepada kesusahan dan kesulitan yang dihadapinya sebelum dia menjadi senang."

Kau mesti berfikir begitu

Jangan kaurisau dengan penderitaan kerana ia bukan dosa.  Jangan kausedih dengan kesusahan kerana ia bukan kesakitan. Risaulah dengan dosa.  Bersedihlah dengan ibadahmu yang tidak sempurna.
Ingatlah, tidak ada kejayaan tanpa kesusahan.  Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan.  
Kesusahan itulah yang akan menjadi kenang-kenangan serta pedoman untuk mentadbir diri tatkala beroleh kesenangan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan