Isnin, 22 Julai 2013

MEMBERSIHKAN PUASA DARIPADA DOSA, RAFATS DAN LAGHA


Puasa atau Siyam dalam bahasa Arab dari segi bahasa bererti menahan diri. Hubungkait antara istilah bahasa dan istilah Syarak sangat dekat kerana perkatan Siyam dalam istilah Syarak membawa maksud menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar Sadiq sehingga terbenam matahari dengan niat kerana ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya serta berbuat maksiat, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makan dan minumnya. (Riwayat Al-Bukhari)

Umat Islam yang berpuasa mesti memahami bahawa selain menahan diri daripada makan dan minum sewaktu berpuasa; maka wajib mereka meninggaklan amalan zahir (fizikal) seperti makan, minum, jima’, muntah dengan sengaja dan menahan diri daripda amalan batin yang mendatangkan dosa dan melalaikan seperti mengumpat, merendah-rendahkan peribadi orang lain, membangga-banggakan hasil kerja sendiri, mengadu-domba, menghabisi waktu dengan tidur sepanjang hari dan lain-lain

Nabi SAW bersabda: “Bukanlah puasa itu hanya dengan menahan dari makan dan minum, tetapi sesungguhnya puasa itu adalah dengan meninggalkan perbuatan Lagha dan Rafats. Sekiranya seseorang mencemuh kamu atau berbuat bodoh terhadapmu, maka katakanlah: “Sungguh aku sedang berpuasa.” (Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Perbuatan Rafats adalah perbuatan keji yang menjurus kepada lucah dan segala muqaddimah zina; seperti zina mata, telinga, mulut, sentuhan, kaki, hati, itu semua termasuk dalam erti kata Rafats.

Perbuatan Lagha adalah perbuatan yang tidak berfaedah, melakukannya tidak berdosa, tetapi tidak menambah pahala. Walaupun tidak berdosa, tetap disuruh supaya kita meninggalkannya ketika berpuasa. Adapun lawan kepada lagha adalah zuhud dan wara’.

Zuhud ialah “meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat di Akhirat” yakni perkara yang tidak berguna untuk dirinya di Akhirat nanti, walaupun ianya tidak berdosa. Berbeza dengan wara’ yang bererti “meninggalkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan di Akhirat”. Maka ketika puasa kita bukan sahaja disuruh meninggalkan perbuatan haram dan melaksanakan yang wajib. Itu benda yang pasti. Lebih dari itu, kita disuruh bersikap zuhud dan wara’.

DARI SEBUAH KEJEMUAN YANG MEMBEKU





Saudaraku. Tegakkan mukamu dan ukir senyuman di wajahmu. Senyuman itu adalah sedekah daripada orang punya harta dan jiwa. Sekuntum senyumanmu adalah wajah sebuah kehidupan yang tidak terhakis oleh kesusahan. Selagi kau menundukkan mukamu lalu merenung kedua belah kakimu, selagi itu masih kau terbelenggu dalam simpulan-simpulan kekusutan yang membalut di sudut hatimu.

Apabila jiwamu kosong dari cahaya hidayah, maka kehidupanmu umpama lorong duka lara yang menjerit-pekik minta dikasihani, simpang siur kesepiannya adalah kekeliruan dan kekecewaan yang menerpa sedangkan deru angin semilirnya adalah nyanyian kedukaan yang tidak didendang oleh sebuah jiwa yang kental..

Mengapa kau rasa tiada lagi keindahan pada mahligai tersergam juga kecintaan pada segala kemewahan dan solekan dunia. Mengapa harus kau mencari suatu kepastian tentang bila akan berakhirnya kehidupan sedangkan baki usiamu tidak pernah menjanjikan rumusan kebahagiaan.

Usah lagi kau mimpikan ke manakah perginya kelazatan pada sajian hebat yang terhidang di meja kehidupan. Usah lagi kau kenangkan dari manakah datangnya kepanasan di ruangan cinta syahdu penuh keasyikan.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang.. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya.. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.." (Al-Fajr, 27-30)

Merenung kata-kata Imam Al-Ghazali Yang Masyhur

Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!

Seorang manusia takkan mampu mengenal Tuhan-nya (makrifatullah) bila tidak mengenal dirinya sendiri, dan ia takkan mampu mengenal dirinya bila ia tak mengenal hatinya. Sayang, kebanyakan manusia tidak mampu mengenal hati dan dirinya. Ada hijab tebal yang menutupi hati,hingga ia terhalang dari musyahadah (penyaksian), muraqabah (mendekati), dan mengenal sifat-sifat-Nya.

Hati yang tinggi (berkualiti) adalah ketika dalam keadaan berdzikir terhadap Allah. Hati yang terbuka adalah ketika ridha terhadap ketentuan Allah. Hati yang rendah/lemah adalah ketika sibuk di selain jalan Allah, dan hati yang mati adalah ketika lalai terhadap Allah.

Baikilah hati dan milikilah hati yang berkualiti. Hati itu mendorong pemiliknya tidak melanggar perintah Allah dan sentiasa berasa rindu kepada Allah. Milikilah hati yang terbuka yang selalu bertawakal kepada Allah, jujur dan yakin akan ketentuan Allah. Hindarilah hari yang lemah yang selalu sombong, riak dan mencintai dunia. Jangan dibiarkan hati mati sehingga hati itu kehilangan kemanisan iman, tidak berasa jijik kepada maksiat dan kejahatan.

BACALAH AL-QURAN MENGISI RAMADANMU


Kau pasti mempunyai masa terluang yang banyak pada Ramadanmu. Rutin bergerak ke tempat minum pagi, makan tengahari, minum petang yang biasa dilakukan pada bulan selain Ramadan sudah kautinggalkan. Itu bermakna kaupunyai lebihan masa untuk menekuni pembacaan al-Quran. Aturlah masa-masa lapangmu selainnya untuk menekuni pembacaan Al-Quran itu kerana masa itu berlalu dan terus berlalu meninggalkanmu.

Bacalah al-Quran itu seikhlas hatimu kerana itulah pembantumu pada hari Akhirat nanti. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
“Bacalah Alquran, karena ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada pembacanya.” (HR. Muslim)

Usahlah ragu-ragu akan kebolehan pembacaan al-Quran. Sepanjang tahun bukankah telah kauusahakan untuk membaiki mutu bacaan al-Quran itu? Dan jika pun mutu bacaan Al-Quranmu tidak meningkat teruslah membaca al-Quran.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
“Orang yang lancar membaca Alquran akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi berbakti, sedangkan orang yang membaca Alquran dengan tersendat-sendat lagi berat, maka ia akan mendapatkan dua pahala.” (HR. Muslim)

Dengan menekuni pembacaan al-Quranmu itu, sebenarnya kau telah mengangkat darjat dirimu di sisi Allah Taala.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْأُتْرُجَّةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ لَا رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ (البخاري)
“Perumpamaan orang mukmin yang membaca Alquran adalah seperti buah utrujjah; aromanya wangi dan rasanya enak. Orang mukmin yang tidak membaca Alquran adalah seperti buah kurma; tidak ada wanginya, tetapi rasanya manis. Orang munafik yang membaca Alquran adalah seperti tumbuhan raihaanah (kemangi); aromanya wangi tetapi rasanya pahit, sedangkan orang munafik yang tidak membaca Alquran adalah seperti tumbuhan hanzhalah; tidak ada wanginya dan rasanya pahit.” (HR. Bukhari-Muslim)

Bergeraklah dari sekarang untuk menghabisi Ramadanmu dengan menekuni pembacaan al-Quran. Kejarlah nikmat-nikmat yang pernah dikecapi oleh pembaca al-Quran sebelum ini.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda kepada para sahabat:
« أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يَغْدُوَ كُلَّ يَوْمٍ إِلَى بُطْحَانَ أَوْ إِلَى الْعَقِيقِ فَيَأْتِىَ مِنْهُ بِنَاقَتَيْنِ كَوْمَاوَيْنِ فِى غَيْرِ إِثْمٍ وَلاَ قَطْعِ رَحِمٍ » . فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نُحِبُّ ذَلِكَ . قَالَ « أَفَلاَ يَغْدُو أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَيَعْلَمَ أَوْ يَقْرَأَ آيَتَيْنِ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ خَيْرٌ لَهُ مِنْ نَاقَتَيْنِ وَثَلاَثٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثٍ وَأَرْبَعٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَرْبَعٍ وَمِنْ أَعْدَادِهِنَّ مِنَ الإِبِلِ » .
“Siapakah di antara kalian yang suka berangkat pagi setiap hari ke Bathhan atau ‘Aqiq dan pulangnya membawa dua onta yang besar punuknya tanpa melakukan dosa dan memutuskan tali silaturrahim?” Para sahabat menjawab, “Wahai Rasulullah, kami suka hal itu.” Beliau bersabda: “Tidak adakah salah seorang di antara kamu yang pergi ke masjid, lalu ia belajar atau membaca dua ayat Alquran? Yang sesungguhnya hal itu lebih baik daripada memperoleh dua ekor onta, tiga ayat lebih baik daripada tiga ekor onta, empat ayat lebih baik daripada empat ekor onta dan (jika lebih) sesuai jumlah itu dari beberapa ekor onta.” (HR. Muslim)

Ali bin Abi Thalib berkata, “Alquran adalah Kitabullah, di dalamnya terdapat berita generasi sebelum kalian, berita yang akan terjadi setelah kalian dan sebagai hukum di antara kalian. Alquran adalah keputusan yang serius bukan main-main, barangsiapa meninggalkannya dengan sombong pasti dibinasakan Allah, barangsiapa mencari petunjuk kepada selainnya pasti disesatkan Allah. Dialah tali Allah yang kokoh, peringatan yang bijaksana dan jalan yang lurus. Dengan Alquran hawa nafsu tidak akan menyeleweng dan lisan tidak akan rancu. Paraulama tidak akan merasa cukup (dalam membacanya dan mempelajarinya), Alquran tidak akan usang karena banyak pengulangan, dan tidak akan habis keajaibannya. Dialah Alquran, di mana jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka mengatakan; “Sungguh kami mendengar Alquran yang penuh keajaiban, menunjukkan ke jalan lurus, maka kami beriman kepadanya”. Barangsiapa yang berkata dengannya pasti benar, barangsiapa beramal dengannya pasti diberi pahala, barangsiapa berhukum dengannya pastilah adil, dan barangsiapa mengajak kepadanya pastilah ditunjuki ke jalan yang lurus.”

BERHATI-HATI MEMBELI JUADAH DI BAZAR RAMADAN. PASTIKAN PENJUALNYA TIDAK MENINGGALKAN SOLAT

Maaf, agak kasar bahasa saya . Saya mengingatkan diri sendiri dan semua jangan membeli juadah berbuka puasa daripada tangan yang tidak solat,tangan yang melakukan maksiat kepada Allah. Tiga belas jam menahan diri daripada makan dan minum tiba-tiba kita berbuka berpuasa dengan makanan yang dihasilkan oleh tangan yang tidak takutkan Allah S.W.T

Subhanallah… .

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah swt pun kurniakan isteri si lelaki itupun hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki itupun runsing.

Dia sudah bernazar hendak meminum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa a.s. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad saw. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah dibuat, tapi cuma kena denda (dam) atau sedekah.

Kalau pada zaman Nabi Musa a.s, barang siapa yang bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa a.s menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa a.s perintahkan lelaki tersebut pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa a.s

Bagi pembeli pula, buatlah pilihan bijak dan tepat. Carilah peniaga yang benar-benar berkualiti dari aspek peribadi beragama mahupun makanan disediakan. Apakah puasa kita mampu mencapai status puasa diberkati jika kita mengambil makanan daripada hasil tangan mereka yang tidak menunaikan solat serta tidak menutup aurat. Walaupun kau membeli makanan itu dengan usaha jerih untuk mendapatkan upah yang halal, lalu kaubeli makanan daripada orang tidak takutkan Allah. Apakah tidak kaubimbang makanan itu ada bercampur bahan halal haramnya. Lalau makanan itu kaumakan makanan itu. Walaupun halal dimakan tetapi mesti ada kebimbangan di hati kau terhadap adunan makanan itu bercampur bahan-bahan yang kurang baik.

Usahakanlah mendapatkan makanan terbaik, suci dan halal dan dibuat oleh orang-orang yang menjaga agama Islam. Suatu hari seorang sahabat, Saad ibn Waqqas bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai tuan, doakan aku kepada Allah supaya aku dijadikan orang mustajab (makbul) doa. Lalu Rasulullah SAW menjawab: Wahai Saad, makanlah makanan yang baik (halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya jika seseorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari.”