Selasa, 15 November 2011

USAH BERSEDIH

Jangan bersedih, sebab rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khawatir dengan segala kemungkinan pada masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih, sebab rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih, sebab rasa kesediahan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang,dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih, sebab rasa sedih sama dengan menentang qadha’ dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih, sebab rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih, sebab rasa sedih itu datangnya dari syetan dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berkelanjutan, depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitka

Masa Berlalu itu memang sudah berlalu

Masa hadapan adalah ghaib pada pandangan tetapi jelas pada pengetahuan. Bersedih hati untuk menghadapi masa hadapan akan mematikan kehendak dan membinasakan semangat.

Bagi orang yang waras, fail masa lalu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. fail itu perlu ditutup untuk selama-lamanya dan dikurung dalam penjara kelupaan. Perkara yang sudah berlalu tetap berlalu.

Jangan biarkan kehidupan dihantui masa lalu. Biarlah masa lalu itu membina satu sejarah dan sejarah itu dijadikan batu sempadan dalam kehidupan. Lepaskan pengaruh masa lampau itu daripada membelenggu diri sehingga diri tidak mampu membuat satu apa pun perubahan. Sesungguhnya meratapi masa lalu dan meratapi kekecewaannya akan memundurkan semua cita-cita dan melemahkan seluruh semangat yang masih berbara.

Tak usah diungkit setiap kekecewaan yang berlaku pada masa lalu. Usah sia-siakan masa untuk bergerak dalam satu perjuangan masa kini. Ingatlah ungkapan yang sangat bermakna, " Hei..., jangan keluarkan mayat dari kuburan mereka." Hasrat ingin kembali kepada suasana masa lalu adalah hasrat daripada semangat kehidupan yang paling lemah . Masa lalu mempunyai cabaran yang berbeza dengan cabaran yang ada pada masa kini.

Anda harus berfikir untuk menegakkan kehidupan untuk hari ini. Hari ini hari anda. Anda idup berdenyut nadi menghadapi hari ini dan anda rasakan untuk sehari ini sahaja. Seolah-olah anda dilahirkan pada hari ini, berjuang bersungguh-sungguh pada hari ini dan mati pada hari ini. Catatkanlah pada hati sanubari anda bahawa hari ini adalah hari saya!

Dengan kerana itu, anda harus merasai bahawa inilah harinya anda masih berpeluang untuk berkata perkara yang baik-baik, menghindari bercakap yang kotor dan lucah, jijik dan cela dan anda merasakan inilah harinya anda mempamerkan sesuatu yang terbaik dan terblang yang mampu anda pamerkan.

Wahai masa yang sudah berlalu, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya matahari di ufuk Barat.

Wahai masa hadapan yang masih ghaib. Aku tidak bermain dalam khayalanku dan memperjudikan nasib atas satu andaian dan agakan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada.

Firman Allah,

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka janganlah kamu minta disegerakan. (An-nahl:1)

Rabu, 9 November 2011

SIHIR - AMALAN MENSYIRIKKAN ALLAH




Dapat ditakrifkan sihir itu seperti taktifan berikut:

Ibnu Khaldun
“Ilmu sihir adalah ilmu untuk menghasilkan kesan negatif ke atas mangsa dengan
menggunakan anasir-anasir jahat dari kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau
sebagainya, bagi suatu tujuan jahat secara tersembunyi”  (Ibnu Khaldun . Al-Muqaddimah: halaman 496)

Ad-Duktur Abdullah bin Mohd At-Toyyar:
“Azimat-azimat dan jampi mentera sihir yang dilakukan oleh pengamalnya yang
memberi kesan negatif kepada hati (emosi) seseorang atau menyakitinya atau
membunuhnya.” (Ad-Duktur Abdullah bin Mohd Attoyyar. Fathul Hakkul Mubin : halaman 171)


Ibnu Qudaamah Al-Maqdisi :
“Sihir itu adalah jampi mantera, simpulan-simpulan benang sihir atau amalan-amalan
tertentu dilakukan secara sihir untuk memudaratkan emosi mangsa (Qalbuhu) atau
akalnya (Aqluhu) atau apa sahaja kemudaratan (sakit ganjil) sehingga kadang-kadang
boleh membunuhnya” (Ibnu Qudaamah. Al-Mughni: Juzuk 10 Halaman 104.)
Al-Quran menyatakan antara lainnya berhubung kejadian sihir ini:

1. Akan tetapi syaitan-syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia
ilmu sihir ( Al-Baqarah : 102)
2. Dan campakkanlah apa yang berada di tangan kanan mu ( wahai Musa) nescaya
ia menelan segala apa yang mereka ( ahli-ahli sihir Firaun ) lakukan kerana
sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu adalah perlakuan tipu daya ahli
sihir. ( Taa Ha: 69)
3. Pakar-pakar sihir Firaun mengaku kalah dengan Musa seraya tunduk sujud
kepada Musa tanda menyerah diri sambil berkata ‘ Kami beriman dengan tuhan
Harun dan Musa’. (Taa Ha: 70)
4. (Saya memohon perlindungan) daripada kejahatan tukang sihir ( wanita ) yang
(mengamalkan sihir) menghembus-hembus pada simpulan-simpulan ikatan pada
benang atau tali atau sebagainya. (Al Falak: 4)
5. Mereka itu (tukang sihir Firaun) mendatangkan sihir yang cukup hebat. (Al-
A’Raaf: 116)

Keseluruhan Al-Quran didapati tidak kurang dari 26 surah dengan 57 ayat yang
membicarakan perihal sihir dengan berbagai-bagai penjelasan, membuktikan sihir itu
wujud di alam nyata, bukan hanya khayalan atau tipu helah semata-mata.

Orang-orang yang mengamalkan sihir membahayakan manusia yang ada di sekitarnya.  Dalam hal ini, mereka perlu ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka.
Al-Imam As-Syafi’e dan Al-Imam Muhammad bin Hanbal meriwayatkan kisah dari
‘Amru bin Dinar bahawa melaksanakan perintah dan membunuh tiga
orang ahli sihir. Dan sah riwayat daripada Hafsah Ummul Mu’minin bahawa ada seorang jariah
(pembantu rumah) melakukan sihir ke atasnya dan didapati sabit maka dihukum bunuh
ke atasnya.

Diriwayatkan kisah yang berlaku pada zaman Al-Walid bin ‘Uqbah (wafat tahun
61 hijriyyah); ada ahli sihir yang mempamerkan sihirnya di hadapan Al-Walid dengan
disaksikan oleh orang ramai dengan memanggal kepala seorang lelaki yang
bersamanya, kemudian dihidupkannya semula. Orang ramai menyebut: dia boleh
menghidupkan semula orang yang sudah mati. Peristiwa itu disaksikan oleh seseorang
dari kalangan Muhajirin.

Pada keesokannya permainan sihir yang serupa diulangi lagi.  Lelaki Muhajirin tadi menghunus pedangnya lalu membunuh tukang sihir di hadapan  orang ramai termasuk Al-Walid seraya berkata: “kalaulah tukang sihir ini benar-benar  boleh menghidupkan orang mati seperti semalam, maka hidupkanlah dirinya sendiri. Akan tetapi dia (tukang sihir) mati dan tidak berdaya menghidupkannya kembali  
.
Umar Al-Khattab r.a sebagai khalifah yang mengetahui tentang beratnya dosa
sihir, dan buruknya kesan sihir kepada diri pelakunya dan masyarakat, beliau telah
menulis surat kepada penguasa-penguasa dari kakitangan kerajaan pada zamannya, kirakira
dua bulan sebelum kewafatannya dengan mengarah:

“Jika sabit, bunuhlah ahli-ahli sihir lelaki atau perempuan”
Bagi menghindari terkena sihir, Rasulullah s.a.w. berpesan, “ Daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas, katanya: Saya mendengar Saad berkata : Saya  mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda “ sesiapa yang memakan di waktu pagi tujuh  biji kurma tamar Ajwah, nescaya tidak akan dia dimudaratkan pada hari itu (keracunan atau kesihiran).  (Sahih Al Bukhari Maa Fathul Bari. Bab Ad-Dawa bil Ajwah Lisihr. 238/10)

Khamis, 3 November 2011

Uban di kepala

Usahlah resah, sedih dan gelisah oleh bertambahnya uban di kepalamu. Pemberian Allah kepada setiap makhluknya pasti satu pemberian yang istimewa. Uban bukan kehinaan. Uban bukan lambang kelemahan.

Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin Al Baihaqi dalam judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadis dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban –walaupun sehelai- dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan derajatnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadis ini hasan)

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah -yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban- dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadis yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.”

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Rabu, 2 November 2011

Makanan , Harta dan Doa


 
Tentang perintah untuk mencari yang halal dan memakan yang halal, Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah memerintahkan kepada para RasulNya dengan firmanNya, yang artinya: “Wahai para rasul, makanlah dari makanan yangbaik-baik dan kerjakanlah amal shaleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Mukminun: 51).
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang larangan mendapatkan harta dengan cara yang haram, artinya: “Dan janganlah sebagian kalian memakan harta sebagian yang lain di antara kalian dengan cara yang batil.” (QS Al-Baqarah: 188).

Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada para hambaNya agar meninggalkan makanan yang kotor dan haram karena akan berpengaruh negatif terhadap hati, akhlaq dan menghalangi hubungan dirinya dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala , serta menyebabkan tidak terkabulnya do’a.


Dalam sebuah hadits disebutkan: Abu Hurairah berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima sesuatu kecuali yang baik.” Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang beriman,  , “Wahai para Rasul, makanlah kalian dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal shalih. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian kerjakan”. Dan firmanNya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kalian dari makanan yang baik-baik, dan bersyukurlah kamu kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.”
Kemudian Rasulullah menyebutkan seorang laki-laki yang menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut lagi berdebu. Orang tersebut menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdo’a: “Ya Tuhanku .. Ya Tuhanku ..” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan baju yang dipakainya dari hasil yang haram. Maka bagaimana mungkin do’anya akan dikabulkan?” (HR. Muslim, shahih).
 
Makanan yang baik itu mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia, terhadap akhlaqnya, kehidupan hatinya dan jernihnya pandangan serta diterimanya amal-amal kita. Sedangkan makanan yang haram mempunyai yang  buruk bagi manusia, 

Para salafus shalih sangat berhati-hati sekali terhadap apa-apa yang akan masuk ke dalam mulut dan perut mereka. Mereka amat bersikap wara’ di dalam menjauhi hal-hal yang syubhat apalagi yang haram.

Dalam kitab shahih Al-Bukhari disebutkan, ‘Aisyah radhiyallah ‘anha menceritakan bahwa Abu Bakar mempunyai pembantu yang selalu menyediakan makanan untuknya. Suatu kali pembantu tersebut membawa makanan maka iapun memakannya. Setelah tahu bahwa makanan tersebut didapatkan dengan cara yang haram, maka dengan serta merta ia masukkan jari tangannya ke kerongkongan, kemudian ia muntahkan kembali makanan yang baru saja masuk ke dalam perutnya.

Imam An-Nawawi ketika hidup di negeri Syam, ia tidak mau memakan buah-buahan di negeri tersebut. Tatkala orang menanyakan tentang sebabnya, maka ia menjawab: Di sana ada kebun-kebun wakaf yang telah hilang, maka saya khawatir memakan buah-buahan dari kebun tersebut.

Rasulullah telah bersabda: “Akan datang suatu zaman, seseorang tidak akan peduli terhadap apa yang ia ambil, apakah itu halal atau haram.” (HR. Bukhari).

Padahal harta yang haram itu selain menyebabkan  tidak terkabulnya do’a dan ditolaknya amal, itu  juga merupakan sebab mendapatkan adzab Allah pada hari  akhirat nanti. Dalam sebuah hadits shahih disebutkan bahwa tidak bergerak dua telapak kaki anak cucu Adam di hari kiamat nanti sampai ditanya (salah satunya) tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan ke mana ia belanjakan. (untuk matan lengkapnya lihat Sunan At-Tirmidzi, hadits no.2417).