Isnin, 28 Mac 2011

TASBIH KAFARAH YANG MENGHANCURKAN DOSA

TASBIH KAFARAH YANG MENGHANCURKAN DOSA

" Marilah kita menyingkap kembali kenangan lalu, dan mengamalkannya walaupun nampak `simple' namun Tasbih Kaffarah ini sungguh besar ertinya.

Antara yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW didalam beberapa riwayat antaranya ialah:

1. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:“Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada  Engkau )

melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu” .

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau )

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis” .

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau )

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan diampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.