Isnin, 13 Mei 2013

TERIMALAH TEGURAN KERANA DI SITU BANYAK KEBAIKANNYA

 

Pernah satu ketika dimana Saidina Umar al-Khattab ditegur oleh seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Maka orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik dan janggal. Mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?" lantas Saidina Umar menjawab, " Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi teguran dia kepadaku adalah benar."

"Janganlah Melihat Kepada Siapa Yang Menegur, Tetapi Lihatlah Apa Yang Ditegur"

Demikian Umar al-Khattab yang punyai kerendahan diri. Maka siapalah diri ini untuk dibanding dengan tokoh semulia itu.
MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?

Nikmat Allah terbahagi kepada 5 jenis :
i. Nikmat fardhiyah iaitu nikmat tubuh badan kita sendiri. Mata yang mampu melihat,akal yang mampu membezakan baik dan buruk, tangan yang mampu menulis,kaki yang mampu berjalan dan sebagainya .

ii. Nikmat ikhtiariah iaitu yang kita rasa apabila kita berusaha. Contohnya,apabila kita berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Dengan izin Allah,kita mendapat keputusan yang cemerlang

iii. Nikmat alamiyah pula adalah nikmat alam semesta.
Allah juga telah menundukkan semua alam semesta untuk manusia sekalian alam. Kita tak mungkin mampu menangkap seekor ayam untuk dijadikan makanan melainkan dengan izin Allah semata-mata. Sayangnya Allah pada kita!

‘Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dariNya. Sesungguhnya,dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.’ [Al Jathiyah:13]

iv. Nikmat deeniyah iaitu Islam itu adalah agama yang benar. Islam itu bukanlah hanya mengucap dua kalimah syahadah. Islam itu perlu diterjemah sebagai cara hidup yang lenkap, way of life bukan sebagai agama ibadah semata-mata.

‘…Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu,dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagi kamu…’ [Al Maidah:3]


v. Nikmat yang terakhir adalah nikmat ukhrawiyah berkaitan dengan hari akhirat. Syurga dan neraka. Rebutlah akhirat tanpa meninggalkan dunia.

Dalam mengecapi nikmat Allah yang amat luas ini, pertingkatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan menjadikan diri manusia terbaik melaksanakan Islam dalam kehidupan, menjadi manusia terbaik menjaga keimanan kepada Allah. .

‘Sesungguhnya,jika kamu bersyukur,pasti kami tambah nikmatnya kepadamu,dan jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azabku sangat pedih.’ . [Al Ibrahim:7]
ALLAH YANG MENGANGKAT SESEORANG SEBAGAI PEMIMPIN


Urusan membuang undi cuma sebab kepada tibanya takdir Allah. Ada pun setiap kejadian itu tertakluk kepada takdir Allah menentukannya. Bagi calon yang menang, anda adalah orang yang dipilih Allah untuk memikul amanah urusan kehidupan manusia di atas muka bumi.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali Imran:26)