Selasa, 28 Ogos 2012

JIHAD ISLAM


 

Islam tidak pernah membezakan di antara orang-orang yang beribadah di mehrab-mehrab masjid mengeluarkan air mata khuyuk dan tawaduk kepada Allah dengan penulis yang mengalirkan dakwat dari penanya kerana ingin menegakkan Islam.  Islam tidak juga membezakan peranan pendakwah yang peluh meleleh di badannya oleh  pergerakan dakwah tanpa sempadan bumi.  Islam tidak juga membezakan pejuang yang mengalirkan darah kerana menegakkan kalimah Allah.  Setiap mereka ini akan dinilai oleh Allah mengikut usaha yang dilakukan.

Namun Islam  membezakan  penganutnya yang berjihad dan penganutnya yang meninggalkan jihad.  Demikian Al-Imam Abdullah bin Al Mubarak pernah menulis kepada  sahabatnya yang beriktikaf di Makkah  sedangkan beliau ketika itu berada di medan Jihad.

 

Wahai saudara yang sedang beribadat di tanah suci,

Kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui

Saudara hanya bermain-main dengan ibadah,

Siapa yang pipinya berlumuran air mata,

Maka leher kami berlumuran darah

Kalau kudamu penat di dalam kebatilan,

Maka kuda kami penat di medan perang.

 



                Jihad adalah kekuatan  kental umat Islam yang sangat ditakuti kaum kuffar.