Ahad, 28 Oktober 2012

BENARKAN ADA RASA CINTAMU KEPADA ALLAH?

Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi.

Foto: BENARKAN ADA RASA CINTAMU KEPADA ALLAH?

Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. 

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid yang merupakan orang yang termuda dalam perbincangan itu. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." "Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid yang merupakan orang yang termuda dalam perbincangan itu. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu."

Rabu, 24 Oktober 2012

Isteri Yang Teraniaya

Foto: Isteri Yang Teraniaya

(Untuk renungan bersama-sama)

Ramai isteri yang teraniaya.  Kasihan.  Ada yang tak menyedari diri mereka teraniaya.  Ada yang tak pasti.  Ada yang memang menyedari dia dianiayai tetapi tak tahu macam mana hendak menyelesaikan kekusutan.  Aduhai isteri yang teraniaya, mustajab doamu kiranya kamu berdoa tetapi berdoa tanpa berusaha menyelesaikan keadaan sungguh menyulitkan.

1. Aku telah berjanji sebelum berkahwin dulu, bang.

" Semasa hendak berkahwin dulu, gaji bakal suami saya kecil. Jadi kami buatlah MOU.  Dia beri saya RM300.00 sebulan dan selebihnya saya tampung kerana gaji saya lebih besar daripadanya.  Sekarang ini mana cukup sebanyak itu.  Tapi apa boleh buat, kami sudah berjanji dulu."

 Inilah isteri yang teraniaya.  Dia terikat dengan janji-janji  palsu.Pandai suaminya melepaskan tanggungjawab kepada isteri.  Si isteri pun satu hal.  Tak belak-belak kitab agama dalam bab nikah.  Apabila si lelaki melafazkan nikahnya, maka wajib tertanggung semua tanggungjawab nafkah berumahtangga kepada si lelaki.  Si isteri cuma berperanan membantu dan menampung segala kekurangan.

 Suami wajib memberi nafkah.  Kadar siling bergantung kepada pendapatan si suami. Dalam al-Quran disebut hal ini seperti berikut:

 " Orang yang mampu memberi menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya pula. " (Al-Baqarah : 236)

 " ... dan kewajiban ayah (suami)  memberi nafkah dan pakaian kepada para ibu, dengan cara yang makruf . " (Al-Baqarah: 233)

 Takkan bertahun-tahun berkahwin, pendapatan si suami begitu juga sedikitnya.  Mustahil jadi begitu kecuali si suami itu pemboros atau kedekut.  Si suami sepatutnya memberi nafkah secukup pada kadar yang patut.

 Dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ADawud, Nasa'i, Ahmad bin Hambal dan lain-lain, bahawa Hindun berkata, " Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan yang kikir dan ia tidak memberi nafkah yang cukup bagi diriku dan anakku kecuali yang kuambil tanpa pengetahuannya, " Maka Rasulullah s.a.w. berkata, " Ambillah yang secukup bagimu dan anakmu (sesuai dengan keperluan ) secara patut."
 
 Pemberian nafkah di setiap tempat dihitung menurut kebiasaan penduduknya dan tidak boleh menyimpang daripada itu kecuali dengan persetujuan suami isteri.

2. Hidup aku bersyarat, bang.

 " Suamiku telah melafazkan cerai bertaalid, katanya kalau aku pergi ke rumah ayahku, bercerailah kita."

 " Tapi aku sayangkan keluargaku.  Aku masih sayang kepada suamiku.  Aku sayang kepada anak-anakku.  Tapi aku sayang juga kepada ayahku.  Lebih-lebih lagi dia sekarang terlantar sakit."

Sebesar mana perselisihan faham dalam berkeluarga, perceraian bukanlah jalan terakhir.  Tetapi lelaki yang ego akan menggunakan senjata talaq untuk mengancam si isteri.  Dalam hal sebegini, dari segi hak, memanglah Si suami lebih berhak ke atas isterinya berbanding hak bapa terhadap si anak kerana si bapa telah menyerahkan si anak kepada seorang lelaki lain.  

Namun begitu memutuskan silaturrahim di antara si anak dengan si bapa adalah satu kezaliman maha besar dilakukan oleh si suami.  

Dalam menghadapi situasi sebegini, si isteri perlu menilai dengan tepat.  Apakah benar syarat yang dikemukakan oleh suaminya sangat munasabah.  Sejauh mana kesalahan bapanya terhadap suaminya sehingga sedemikian berkecil hati suaminya terhadap bapanya.  Apakah kezaliman bapanya sangat  besar sehingga suaminya menjatuh hukuman  memutuskan silaturrahim di antara si anak dengan si bapa.
Jika dalam penilaian itu, nyata syarat yang diletakkan oleh suami hanyalah hendak menegakkan egonya, nasihatilah dia menarik balik syarat tersebut.  Jika suami berdegil, hubungilah ahli keluarga terdekat mewakili isteri sebagai penimbang tara.  Cukuplah menjadi isteri yang teraniaya.

3. Saya digantung tak bertali, bang.

 " Selepas pertengkaran kecil, suami saya meninggalkan rumah.  Dah setengah tahun dia tak balik. Nafkah makan minum saya dan anak-anak  atas usaha saya.  Nasib baik saya ada kerja walaupun gajinya tak seberapa."

 Islam tidak merelakan suami meninggalkan rumahtangganya sesuka hati kerana rumahtangga itu adalah institusi penting dalam pembinaan ummah.  Suami sebagai kepala keluarga perlu merancang seluruh aktiviti keluarganya agar keluarganya menjadi uswatun hasanah (contoh terbaik) dalam kalangan masyarakatnya.

 Dalam hal suami meninggalkan rumahtangganya, Islam meletakkan usaha itu atas beberapa syarat:

1. Melaksanakan usaha mencari nafkah keluarga
2. Melaksanakan panggilan Jihad fi sabilillah di medan perang.
3. Melaksanakan rukun Islam iaitu ibadah haji jika berkemampuan.
4. Berubat.

Dalam satu peristiwa ketika tentera Islam dihantar oleh Saidina Umar r.a. ke sempadan Palastina, Saidina Umar r.a. telah membuat soal selidik kepada isteri-isteri tentera Islam yang ditinggalkan di Madinah.  Dalam kenyataan Hafshah binti Umar r.a, Hafshah menjelaskan bahawa kami kaum wanita akan tenteram ditinggalkan suami kami dalam tempoh empat bulan sahaja.
Dengan rumusan tersebut, Saidina Umar r.a. membuat satu polisi bahawa setiap empat bulan, tentera Islam mestilah dipanggil pulang untuk bersama-sama keluarganya.  Jika dia enggan, dia wajib menceraikan isterinya untuk membolehkan isterinya mencari hala tuju baru dalam kehidupannya. (Untuk renungan bersama-sama)

Dengan rumusan tersebut, Saidina Umar r.a. membuat satu polisi bahawa setiap empat bulan, tentera Islam mestilah dipanggil pulang untuk bersama-sama keluarganya. Jika dia enggan, dia wajib menceraikan isterinya untuk membolehkan isterinya mencari hala tuju baru dalam kehidupannya.
 
.

Pandanglah Jauh Ke Hadapan

Foto: Pandanglah Jauh Ke Hadapan

Ayuh! goreslah di dinding hati anda pada hari ini dengan kalimat, " Pandanglah jauh ke hadapan kerana di hadapan itu adalah hari-hari anda hidup penuh kebahagiaan."

Pada waktu ini, anda benar-benar berdiri tegak di atas tapak kaki anda. Pada waktu ini, mata anda tepat berfokus kepada tujuan hidup anda. Pada waktu ini anda mula menyibukkan diri untuk menjalankan satu demi satu perancangan hidup dan perancangan kehidupan yang sedang anda lalui itu nyata jauh berbeza dengan apa yang anda fikirkan sepuluh atau lima belas tahun lalu.

Wahai masa hadapan! Engkau masih dalam keghaiban. Aku tidak akan bermain-main dengan agakan dan hidup berpura-pura dalam khayalan. Aku akan bermula dari nokhtah ini dengan langkah dan semangat kental mencari kebahagiaan.

Langkah perkasa menuju kebahagiaan itu bermula pada hari ini. Mengapa perlu diabaikan hari ini semata-mata untuk menanti tibanya esok sedangkan pada hari esok, banyak kejayaan yang sepatutnya diraih hasil daripada usaha pada hari ini.

Pastikan hari ini adalah paling berguna dalam kehidupan. Inilah hari aku berpeluang membetulkan visi dan misi kehidupan. Inilah harinya aku berpeluang merancang kehidupan untuk satu tempoh yang allah izinkan aku hidup di atas muka bumi ini. Inilah harinya aku berpeluang bercakap perkara yang baik-baik. Inilah harinya aku dapat menulis perkataan-perkataan yang bernas. Inilah harinya aku dapat merenung kelemahan diri dan berusaha bertanya kepada sesiapa sahaja bagaimana resepi untuk mengatasi kelemahan itu. Inilah harinya yang sangat bermakna untuk menjalinkan silaturrahim dan persaudaraan. Semuanya perlu dilakukan pada hari ini dan tidak perlu menunggu datangnya esok hari.

Wahai hari yang sudah berlalu. Tenggelamlah kamu dalam sejarah yang diukir dalam ingatan, dibaca dalam kenangan. Aku tidak akan menangisi pemergianmu kerana pada semalam, aku sudah menunaikan semua tanggungjawabku sebagai seorang manusia.

Wahai masa hadapan yang indah. Aku datang dengan langkah perkasa. Aku datang mengikut pola rencana yang kubina, padat dengan visi dan misi dan perancangan hidup yang teliti. Wahai masa hadapan yang cemerlang, ingin kuraih impianku pada waktu yang sudah ditakdirkan untukku.

Firman Allah:

" Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka janganlah kamu minta disegerakan." (An-Nahl:1) Ayuh! goreslah di dinding hati anda pada hari ini dengan kalimat, " Pandanglah jauh ke hadapan kerana di hadapan itu adalah hari-hari anda hidup penuh kebahagiaan."

Pada waktu ini, anda benar-benar berdiri tega
k di atas tapak kaki anda. Pada waktu ini, mata anda tepat berfokus kepada tujuan hidup anda. Pada waktu ini anda mula menyibukkan diri untuk menjalankan satu demi satu perancangan hidup dan perancangan kehidupan yang sedang anda lalui itu nyata jauh berbeza dengan apa yang anda fikirkan sepuluh atau lima belas tahun lalu.

Wahai masa hadapan! Engkau masih dalam keghaiban. Aku tidak akan bermain-main dengan agakan dan hidup berpura-pura dalam khayalan. Aku akan bermula dari nokhtah ini dengan langkah dan semangat kental mencari kebahagiaan.

Langkah perkasa menuju kebahagiaan itu bermula pada hari ini. Mengapa perlu diabaikan hari ini semata-mata untuk menanti tibanya esok sedangkan pada hari esok, banyak kejayaan yang sepatutnya diraih hasil daripada usaha pada hari ini.

Pastikan hari ini adalah paling berguna dalam kehidupan. Inilah hari aku berpeluang membetulkan visi dan misi kehidupan. Inilah harinya aku berpeluang merancang kehidupan untuk satu tempoh yang allah izinkan aku hidup di atas muka bumi ini. Inilah harinya aku berpeluang bercakap perkara yang baik-baik. Inilah harinya aku dapat menulis perkataan-perkataan yang bernas. Inilah harinya aku dapat merenung kelemahan diri dan berusaha bertanya kepada sesiapa sahaja bagaimana resepi untuk mengatasi kelemahan itu. Inilah harinya yang sangat bermakna untuk menjalinkan silaturrahim dan persaudaraan. Semuanya perlu dilakukan pada hari ini dan tidak perlu menunggu datangnya esok hari.

Wahai hari yang sudah berlalu. Tenggelamlah kamu dalam sejarah yang diukir dalam ingatan, dibaca dalam kenangan. Aku tidak akan menangisi pemergianmu kerana pada semalam, aku sudah menunaikan semua tanggungjawabku sebagai seorang manusia.

Wahai masa hadapan yang indah. Aku datang dengan langkah perkasa. Aku datang mengikut pola rencana yang kubina, padat dengan visi dan misi dan perancangan hidup yang teliti. Wahai masa hadapan yang cemerlang, ingin kuraih impianku pada waktu yang sudah ditakdirkan untukku.

Firman Allah:

" Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka janganlah kamu minta disegerakan." (An-Nahl:1)

Jangan Sekalipun Lupa Menyempurnakan Solat Subuhmu

Foto: Jangan Sekalipun Lupa Menyempurnakan Solat Subuhmu

Temuilah hari-hari yang mendatang bersama-sama Subuhmu yang sempurna.  Mudah-mudahan akan kukuh keimananmu kepada Allah.  Ingatlah akan sabda Rasulullah s.a.w kepada  mereka yang lalai melunaskan subuhnya, “ ” Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Kukuhkanlah keimananya mulai subuh ini.  Usah ada sesiapa yang meragui keimananmu kerana kau telah membuktikan Subuh yang kaulunaskan adalah batu tanda pemisah Islam dengan jahiliyah, keimanan dan kekufuran.  Dengan melunaskan Subuhmu dengan sesempurnanya, kautelah  menyelamatkan dirimu daripada bakaran api Neraka maha pedih.

 Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.” (HR. Muslim).

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah s.a.w. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

 Jika Rasulullah s.a.w. yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah s.w.t. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah s.w.t. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh.
Diceritakan satu ketika Rasulullah s.a.w. solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati puterinya Siti Fatimah masih tidur. Maka beliau pun membalikklan tubuh Fatimah dengan kakiknya, kemudian berkata: “Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah s.w.t. membagi-bagi rezeki para hamba antara solat subuh dan terbitnya matahari”. ( HR.Baihaqi ).

Ketika  Rasulullah s.a.w. menjadi imam solat subuh, Beliau tidak melihat Ali bin Abi Thalib RA. Khuwatir menantunya ini sakit, beliau langsung menuju rumahnya. Ketika bertemu dengan Siti Fatimah, mendapat penjelasan bahawa sangat asyiknya Ali, suaminya beribadah malam, maka solat subuh dilakukan di rumah. Rasulullah s.a.w. kemudian berkata: “Solat subuh yang dilakukan secara berjemaah (di masjid), lebih bagus daripada ibadah yang dilakukan seseorang sepanjang malam di rumah”.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang melaksanakan solat isya’ secara berjemaah , maka ia seperti solat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam satu malam penuh”. Sehingga Ibnu Umar r.a.d. pun menegaskan: “Sungguh, aku boleh melaksanakan solat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada solat malam semalam suntuk”. 

Berjamaahlah dalam solatmu.  Berusahalah berjamaah untuk Isya’ dan Subuhmu itu. Sesudah itu istiqamahlah mengerjakan qiamulaily ( solat malam)  di rumah sesuai kemampuanmu.  Dan kemudian, ketika  Subuh menjelang,  tetapilah subuhmu dalam berjamaah.

Berdirilah atas pemahaman ini dan bergeraklah dari kati-katilmu untuk menyembah Allah. Apakah yang menghalangimu untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh  ini? Temuilah hari-hari yang mendatang bersama-sama Subuhmu yang sempurna. Mudah-mudahan akan kukuh keimananmu kepada Allah. Ingatlah akan sabda Rasulullah s.a.w kepada mereka yang lalai mel
unaskan subuhnya, “ ” Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Kukuhkanlah keimananya mulai subuh ini. Usah ada sesiapa yang meragui keimananmu kerana kau telah membuktikan Subuh yang kaulunaskan adalah batu tanda pemisah Islam dengan jahiliyah, keimanan dan kekufuran. Dengan melunaskan Subuhmu dengan sesempurnanya, kautelah menyelamatkan dirimu daripada bakaran api Neraka maha pedih.

Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.” (HR. Muslim).

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah s.a.w. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah s.a.w. yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah s.w.t. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah s.w.t. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh.
Diceritakan satu ketika Rasulullah s.a.w. solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati puterinya Siti Fatimah masih tidur. Maka beliau pun membalikklan tubuh Fatimah dengan kakiknya, kemudian berkata: “Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah s.w.t. membagi-bagi rezeki para hamba antara solat subuh dan terbitnya matahari”. ( HR.Baihaqi ).

Ketika Rasulullah s.a.w. menjadi imam solat subuh, Beliau tidak melihat Ali bin Abi Thalib RA. Khuwatir menantunya ini sakit, beliau langsung menuju rumahnya. Ketika bertemu dengan Siti Fatimah, mendapat penjelasan bahawa sangat asyiknya Ali, suaminya beribadah malam, maka solat subuh dilakukan di rumah. Rasulullah s.a.w. kemudian berkata: “Solat subuh yang dilakukan secara berjemaah (di masjid), lebih bagus daripada ibadah yang dilakukan seseorang sepanjang malam di rumah”.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang melaksanakan solat isya’ secara berjemaah , maka ia seperti solat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam satu malam penuh”. Sehingga Ibnu Umar r.a.d. pun menegaskan: “Sungguh, aku boleh melaksanakan solat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada solat malam semalam suntuk”.

Berjamaahlah dalam solatmu. Berusahalah berjamaah untuk Isya’ dan Subuhmu itu. Sesudah itu istiqamahlah mengerjakan qiamulaily ( solat malam) di rumah sesuai kemampuanmu. Dan kemudian, ketika Subuh menjelang, tetapilah subuhmu dalam berjamaah.

Berdirilah atas pemahaman ini dan bergeraklah dari kati-katilmu untuk menyembah Allah. Apakah yang menghalangimu untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh ini?

Foto: Cinta Akan Allah

Apalah nilainya setakat mencintai manusia yang pasti punah berbanding nilai mencintai Allah yang kekal abadi.  Demikian manusia selalu alpa untuk mencintai Penciptanya  lantaran  terlalu leka melayani permainan dan hiburan yang bermacam-macam di atas dunia.

Akan hal cinta yang dibekalkan kepada manusia, allah berfirman:
 
"Niscaya akan dijadikan untuk mereka oleh Tuhan Pengasih suatu percintaan." (Maryam:  96).

Arti percintaan di ujung ayat ini ialah bahwa orang beriman dan beramal shalih itu dengan sendirinya tumbuh rasa cinta di hati orang sesama Mu'min terhadap kepada dirinya. Sebab iman itu menimbulkan sinar dalam batin, dan sinar batin itu melimpah keluar, memancarlah sinar itu kepada wajah, kepada mata, kepada rambut dan kepada seluruh diri; cahaya yang menimbulkan cinta. 

Sebagaimana tersebut di dalam sebuah Hadits yang dirawikan oleh Termidzi dari Sa'ad bin Abu Waqash dan Abu Hurairah:
                     
"Bahwasanya Nabi s.a.w. berkata: "Apabila Allah telah mencintai seorang hamba, dipanggil-Nya Jibril : " Sesungguhnya Aku telah rnencintai si Fulan, maka cintai pulalah dia." Berkata s.a.w.: Maka menyerulah Jibril itu di langit. Kemudian turunlah kepadanya cinta itu pada penduduk bumi. Itulah maksud sabda Allah: "Akan dijadikan untuk mereka oleh Tuhan Pengasih suatu per¬cintaan." Dan apabila telah benci Allah kepada seorang hamba. Dipanggil-Nya pula Jibril : "Aku telah benci kepada si Fulan." maka diserukannya pulalah di langgit , kemudian turunlah kepadanya kebencian itu ke atas bumi."

(Termidzi mengatakan bahwa Hadits ini Hasan, dan dikeluarkan juga Hadis dengan arti seperti ini oleh Bukhari dan Muslim dan ditulis juga oleh Imam Malik di dalam Al-Muwaththa') . 

Dan ada pula satu Hadis yang dirawikan oleh Abu Bakar bin Sabiq al-Amawi, dengan sanadnya dan Ibnu Ahbas, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
 
"Sesungguhnya Allah memberikan kepada orang yang Mu'min itu rasa dekat dan muka jemih dan rasa cinta dalam hati orang-orang yang salih dan malaikat-malaikat. "

Ibnu Abbas menceriterakan tentang kecintaan orang kepada orang yang beriman dan beramal salih itu demikian: "Dijadikan Allah dalam hati hamba-hamba Allah rasa sayang kepadanya. Tidak bertemu dengan dia seorang yang ada iman pula, melainkan terus merasa hormat. Bahkan orang-orang musyrik dan munafik pun terpaksa membesarkannya."

Haram bin Hayyan berkata pula: "Apabila seseorang telah menghadapkan hatinya kepada Allah, Allah pun akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman pula kepada-Nya, sehingga dia mendapat rezeki dengan cinta mereka dan kasih-sayang rnereka." 

AI-Qurthubi memberikan penafsirannya pula: "Bila seseorang telah dicintai orang di dunia ini, di akhirat pun dia akan dicintai juga. Karena Allah tidaklah mencintai, kecuali terhadap orang yang beriman dan bertakwa, dan tidak Dia redha  kecuali kepada orang yang ikhlas dan bersih hati. Moga-moga kita di¬masukkan Allah dalam golongan itu dengan kurnia dan kasihnya."
Mujahid menjelaskan pula arti cinta Mu'min itu: "Dicintai dia oleh manusia di dunia ini." 

Said bin Jubair menjelaskan pula: "Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai dia, artinya sesama orang beriman." 
Al-`Aufi menjelaskan lagi menurut riwayat yang diterimanya dari Ibnu Abbas: "Dicintai oleh Kaum Muslimin di dunia ini mendapat rezeki yang baik dan lidah yang jujur."

Saiyidina Usman bin Affan berkata pula: "Tidaklah seorang hamba me¬ngerjakan amal yang baik atau pun amal yang buruk, melainkan pastilah Allah Yang Maha Kuasa akan memperlihatkan bekas amal itu pada laku perangai¬nya.Cinta Akan Allah

Apalah nilainya setakat mencintai manusia yang pasti punah berbanding nilai mencintai Allah yang kekal abadi. Demikian manusia selalu alpa untuk mencintai Penciptanya lantaran terlalu leka melayani permainan dan hiburan
yang bermacam-macam di atas dunia.

Akan hal cinta yang dibekalkan kepada manusia, allah berfirman:

"Niscaya akan dijadikan untuk mereka oleh Tuhan Pengasih suatu percintaan." (Maryam: 96).

Arti percintaan di ujung ayat ini ialah bahwa orang beriman dan beramal shalih itu dengan sendirinya tumbuh rasa cinta di hati orang sesama Mu'min terhadap kepada dirinya. Sebab iman itu menimbulkan sinar dalam batin, dan sinar batin itu melimpah keluar, memancarlah sinar itu kepada wajah, kepada mata, kepada rambut dan kepada seluruh diri; cahaya yang menimbulkan cinta.

Sebagaimana tersebut di dalam sebuah Hadits yang dirawikan oleh Termidzi dari Sa'ad bin Abu Waqash dan Abu Hurairah:

"Bahwasanya Nabi s.a.w. berkata: "Apabila Allah telah mencintai seorang hamba, dipanggil-Nya Jibril : " Sesungguhnya Aku telah rnencintai si Fulan, maka cintai pulalah dia." Berkata s.a.w.: Maka menyerulah Jibril itu di langit. Kemudian turunlah kepadanya cinta itu pada penduduk bumi. Itulah maksud sabda Allah: "Akan dijadikan untuk mereka oleh Tuhan Pengasih suatu per¬cintaan." Dan apabila telah benci Allah kepada seorang hamba. Dipanggil-Nya pula Jibril : "Aku telah benci kepada si Fulan." maka diserukannya pulalah di langgit , kemudian turunlah kepadanya kebencian itu ke atas bumi."

(Termidzi mengatakan bahwa Hadits ini Hasan, dan dikeluarkan juga Hadis dengan arti seperti ini oleh Bukhari dan Muslim dan ditulis juga oleh Imam Malik di dalam Al-Muwaththa') .

Dan ada pula satu Hadis yang dirawikan oleh Abu Bakar bin Sabiq al-Amawi, dengan sanadnya dan Ibnu Ahbas, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah memberikan kepada orang yang Mu'min itu rasa dekat dan muka jemih dan rasa cinta dalam hati orang-orang yang salih dan malaikat-malaikat. "

Ibnu Abbas menceriterakan tentang kecintaan orang kepada orang yang beriman dan beramal salih itu demikian: "Dijadikan Allah dalam hati hamba-hamba Allah rasa sayang kepadanya. Tidak bertemu dengan dia seorang yang ada iman pula, melainkan terus merasa hormat. Bahkan orang-orang musyrik dan munafik pun terpaksa membesarkannya."

Haram bin Hayyan berkata pula: "Apabila seseorang telah menghadapkan hatinya kepada Allah, Allah pun akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman pula kepada-Nya, sehingga dia mendapat rezeki dengan cinta mereka dan kasih-sayang rnereka."

AI-Qurthubi memberikan penafsirannya pula: "Bila seseorang telah dicintai orang di dunia ini, di akhirat pun dia akan dicintai juga. Karena Allah tidaklah mencintai, kecuali terhadap orang yang beriman dan bertakwa, dan tidak Dia redha kecuali kepada orang yang ikhlas dan bersih hati. Moga-moga kita di¬masukkan Allah dalam golongan itu dengan kurnia dan kasihnya."
Mujahid menjelaskan pula arti cinta Mu'min itu: "Dicintai dia oleh manusia di dunia ini."

Said bin Jubair menjelaskan pula: "Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai dia, artinya sesama orang beriman."
Al-`Aufi menjelaskan lagi menurut riwayat yang diterimanya dari Ibnu Abbas: "Dicintai oleh Kaum Muslimin di dunia ini mendapat rezeki yang baik dan lidah yang jujur."

Saiyidina Usman bin Affan berkata pula: "Tidaklah seorang hamba me¬ngerjakan amal yang baik atau pun amal yang buruk, melainkan pastilah Allah Yang Maha Kuasa akan memperlihatkan bekas amal itu pada laku perangai¬nya.

Senyuman pengubat jiwa raga

Foto: SENYUMAN –SENTUHAN JIWA YANG IKHLAS

Orang yang murah senyum juga akan jauh daripada stres karena dia terhindar daripada  penyakit ketegangan. Jantungnya akan berdetak normal. Peredaran darahnya akan mengalir dengan baik dan membuatkan dia  awet muda. 

Senyum hanya mengandakan 17 otot wajah, sementara kemarahan menggunakan  32 otot wajah. Inilah salah satu sebab mengapa wajah terkadang terlihat cepat tua bagi orang yang jarang tersenyum.

Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa studi telah menunjukkan bahwa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang obat yang alami.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyum tulus adalah senyum yang lahir dari hati yang paling dalam, dari kerinduan ingin membahagiakan orang lain, dari kerinduan menghormati dan memuliakan orang lain. Orang tersenyum dengan tulus, otot wajah yang disebut orbicularis oculi merangsang kontraksi, kerutan di seluruh  mata. Berbeda dengan seseorang yang tersenyum palsu, maka otot wajahnya tidak akan bergerak. Orang yang murah senyum juga akan jauh daripada stres karena dia terhindar daripada penyakit ketegangan. Jantungnya akan berdetak normal. Peredaran darahnya akan mengalir dengan baik dan membuatkan dia
awet muda.

Senyum hanya mengandakan 17 otot wajah, sementara kemarahan menggunakan 32 otot wajah. Inilah salah satu sebab mengapa wajah terkadang terlihat cepat tua bagi orang yang jarang tersenyum.

Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa studi telah menunjukkan bahwa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin. Senyum memang obat yang alami.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyum tulus adalah senyum yang lahir dari hati yang paling dalam, dari kerinduan ingin membahagiakan orang lain, dari kerinduan menghormati dan memuliakan orang lain. Orang tersenyum dengan tulus, otot wajah yang disebut orbicularis oculi merangsang kontraksi, kerutan di seluruh mata. Berbeda dengan seseorang yang tersenyum palsu, maka otot wajahnya tidak akan bergerak.

MENCARI BAHAGIA

Foto: MENCARI BAHAGIA
Itulah perkara yang dicari dan ditunggu=tunggu oleh manusia dalam kehidupan.  Itulah juga yang diimpikan oleh setiap lelaki dan perempuan,  oleh seorang suami dan seorang isteri dan oleh seorang datuk dan seorang nenek.

BAHAGIA
Kata Imam al-Ghazali, “ Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. “    
Saidina Ali bin Abi Talib pula menjelaskan,”  Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pengawal untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya” 

Bahagia itu sesuatu yang sangat subjektif tetapi boleh dicapai. Untuk mencapainya Hamka memberi pandangan,”  Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan yang membahagiakan.  Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah kebahagiaan.”. 
 
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. 
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. 

Menghilangkan sifat cemburu dan dengki dalam hati adalah baja-baja meningkatkan  bahagia.  Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka. 

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

Foto: MENINGKATKAN  AMALAN DIRI

1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal

                        Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

                        Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

                        Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

                        Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3.    Puasa pada bulan Muharram

                        Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

                        Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

                        Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

                        Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6.    Puasa bulan Sya'aban

                        Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

                        Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis

                        Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

                        Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

                        Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

                        Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

                        Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

                        Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan

                       Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

                        Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

                        Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

                        Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

                        Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)MENINGKATKAN AMALAN DIRI

1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan
puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
JAUHI BERLAKU ZALIM

Walaupun kamu punyai kuasa dan pengaruh, berfikirlah terlebih dahulu sedalamnya . Tidak ada ertinya menzalimi orang-orang yang tidak berdaya dan berkuasa.

Dari Abu Dzar Al-Ghifari rodhiallohu ‘anhu dari Nabi sholalla
hu ‘alaihi wa sallam bersabda meriwayatkan firman Allah ‘azza wa jalla, bahwa Dia berfirman, “Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya pula atas kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi
(HR Muslim).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Zalim ada tiga jenis :
Pertama : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan ;
Kedua : Zalim yang Allah akan ampunkan ;
Ketiga : Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.

Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik . Allah berfirman : 'Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar' (Surah Luqman ayat 13) ;

Adapun zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya ;

Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) "

Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi SAW bersabda: “Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal shalih, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya.” (HR. Bukhori, Muslim)

Berbuat baiklah kepada sesama manusia dan makhluk Allah yang lain. Jangan sesekali dianiayai mereka.

Rasulullah saw:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Takutilah azab Allah kerana melakukan kezaliman kerana azab Allah itu maha pedih.

1. “Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka) . Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim,” (QS. Al A’raaf [7]: 41)

2. “Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS Al Qashash [28]:59)

3. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman…….” (QS. Yunus [10]:13)

4. “Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu pelajaran bagi kaum yang mengetahui.” (QS. An Naml [27]:52)
Foto: JAUHI BERLAKU ZALIM

Walaupun kamu punyai kuasa dan pengaruh, berfikirlah terlebih dahulu sedalamnya .  Tidak ada ertinya menzalimi orang-orang yang tidak berdaya dan berkuasa. 

Dari Abu Dzar Al-Ghifari rodhiallohu ‘anhu dari Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda meriwayatkan firman Allah ‘azza wa jalla, bahwa Dia berfirman, “Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya pula atas kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi
(HR Muslim).

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Zalim ada tiga jenis :
Pertama : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan ;
Kedua : Zalim yang Allah akan ampunkan ;
Ketiga : Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.

Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik . Allah berfirman : 'Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar' (Surah Luqman ayat 13) ;

Adapun zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya ;

Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) "

Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi SAW bersabda: “Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal shalih, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya.” (HR. Bukhori, Muslim)

Berbuat baiklah kepada sesama manusia dan makhluk Allah yang lain.  Jangan sesekali  dianiayai mereka. 

Rasulullah saw:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Takutilah azab Allah kerana melakukan kezaliman kerana azab Allah itu maha pedih.

1. “Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka) . Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim,” (QS. Al A’raaf [7]: 41)

2.  “Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS Al Qashash [28]:59)

3. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman…….” (QS. Yunus [10]:13)

4. “Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu pelajaran bagi kaum yang mengetahui.” (QS. An Naml [27]:52)

ilmu yang bermanfaat

Foto: Hidup Berilmu

Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya : Ilmu itu adalah perbendaharaan, segala kunci adalah pertanyaan, oleh yang demikian maka hendaklah kamu bertanya kerana sesungguhnya dengan bertanya itu empat golongan akan mendapat pahala iaitu orang yang bertanya, orang alim yang ditanya, orang yang mendengar dan orang yang menyukai mereka bertiga.                                     (Hadis Riwayat Abu Naim)

 Ilmu agama atau ilmu Fardhu Ain menduduki tempat terrtinggi dalam senarai ilmu-ilmu yang dicari oleh manusia. Ketinggian ilmu agama tidak dapat di atasi dan ditandingi oleh ilmu-ilmu lain kerana ia didatangkan terus daripada Allah s.w.t yang dipindah dan disampaikan kepada kita oleh Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa ilmu agama tidak penting daripada ilmu-ilmu lain wajiblah dikikis dan diperbetulkan segera kerana ia boleh menyebabkan umat Islam menyeleweng dan menyimpang daripada ajaran agama semasa mereka menjalani kehidupan didunia ini.

Hadirilah majlis ilmu kerana di situ tempat yang utama di atas muka bumi.Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah SAW untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud : "Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan."

Abdullah bin Amru pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW melalui dua majlis dalam masjid. Satu majlis menjalankan kegiatan zikir dan satu lagi pengajian ilmu. Maka, Rasulullah SAW memilih untuk duduk bersama majlis ilmu walaupun kedua-dua majlis itu baik.Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya : Ilmu itu adalah perbendaharaan, segala kunci adalah pertanyaan, oleh yang demikian maka hendaklah kamu bertanya kerana sesungguhnya dengan bertanya itu empat golongan akan mendapat pahal
a iaitu orang yang bertanya, orang alim yang ditanya, orang yang mendengar dan orang yang menyukai mereka bertiga. (Hadis Riwayat Abu Naim)

Ilmu agama atau ilmu Fardhu Ain menduduki tempat terrtinggi dalam senarai ilmu-ilmu yang dicari oleh manusia. Ketinggian ilmu agama tidak dapat di atasi dan ditandingi oleh ilmu-ilmu lain kerana ia didatangkan terus daripada Allah s.w.t yang dipindah dan disampaikan kepada kita oleh Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa ilmu agama tidak penting daripada ilmu-ilmu lain wajiblah dikikis dan diperbetulkan segera kerana ia boleh menyebabkan umat Islam menyeleweng dan menyimpang daripada ajaran agama semasa mereka menjalani kehidupan didunia ini.

Hadirilah majlis ilmu kerana di situ tempat yang utama di atas muka bumi.Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah SAW untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud : "Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan."

Abdullah bin Amru pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW melalui dua majlis dalam masjid. Satu majlis menjalankan kegiatan zikir dan satu lagi pengajian ilmu. Maka, Rasulullah SAW memilih untuk duduk bersama majlis ilmu walaupun kedua-dua majlis itu baik.
 
Pautkan hatimu kepada kekuasaan Allah

Foto: Pautkan hatimu kepada kekuasaan Allah

Jagalah Allah nescaya Allah senantiasa menjagamu.

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih. Jagalah Allah nescaya Allah senantiasa menjagamu.

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepad
aku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Adab Menerima Tetamu

Foto: Adab Menerima Tetamu

Antara adab melayan dan memuliakan tetamu ialah riang dan bermanis muka di hadapan tetamu, lembut percakapan dengannya, segera menghidangkan makanan dan minuman sekadar yang termampu.

Pada sehari semalam pertama hendaklah dilebihkan makanan dan minuman daripada yang diberikan kepada keluarganya.
Pada dua hari berikutnya diberi makanan sebagaimana yang diberikan kepada keluarganya tanpa membebankan diri untuk menyediakannya dan jangan sampai memudaratkan keluarganya.
Sabda Rasulullah s.a.w.

Melayan tetamu itu selama tiga hari.  Wajib satu hari satu malam. Ada pun selebihnya adalah pahala sedekah terhadapnya. (HR Muslim)Antara adab melayan dan memuliakan tetamu ialah riang dan bermanis muka di hadapan tetamu, lembut percakapan dengannya, segera menghidangkan makanan dan minuman sekadar yang termampu.

Pada sehari semalam pertama henda
klah dilebihkan makanan dan minuman daripada yang diberikan kepada keluarganya.
Pada dua hari berikutnya diberi makanan sebagaimana yang diberikan kepada keluarganya tanpa membebankan diri untuk menyediakannya dan jangan sampai memudaratkan keluarganya.
Sabda Rasulullah s.a.w.

Melayan tetamu itu selama tiga hari. Wajib satu hari satu malam. Ada pun selebihnya adalah pahala sedekah terhadapnya. (HR Muslim)
 
KE MANA KAUHABISI USIAMU

Maaf kiranya
aku terlalu berterus-terang menyanggah
nista tentang sekelumit
usiamu yang masih bersisa.
Mengapa selalu kaluluruskan kata
mengia nista bermaharajalela.

Belaklah helai-helai usiamu ,
teliti dan adili di mana kauhabisi
setiap detik dalam usia itu. Lalu jangan kautangis
detik berlalu itu kerana
detik mendatang menuntut satu perubahan.

Ke mana kauhabisi usiamu.
Tanda-tanda usahamu
tidak melekat di jejak tapak kakimu.
Tidak juga ada bayang-bayang yang
dapat diukir sebagai bukti wujudmu.

Sempambaru
45 Oktober 2012
Foto: KE MANA  KAUHABISI USIAMU

GUNUNG YANG DICIPTA UNTUK MENYETABILKAN PERGERAKAN BENUA

Foto: GUNUNG YANG DICIPTA UNTUK MENYETABILKAN  PERGERAKAN BENUA

“Bukankah  Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (QS.An-Naba’ 78: 6-7)

            Di dalam Al-Quran, kita akan bertemu dengan perkataan gunung sebanyak 49 kali. Terdapat 22 ayat yang menyebutkan fungsi gunung sebagai pasak atau tiang pancang bagi bumi. Pasak atau paku besar merupakan benda yang menusuk ke dalam bagi mengetatkan sesuatu.

Ini bermaksud kepala pasak yang dilihat di luar jauh lebih pendek berbanding dengan batangnya yang terjunam ke dalam.. Kedalaman akar gunung itu sebenarnya boleh menjunam mencapai 15 kali ganda berbanding ketinggiannya..  Kajian selanjutnya mendapati bahawa gunung mempunyai akar yang berperanan menghentikan pergerakan horizontal litosphera. 

“Dan Dia menancapkan di bumi supaya tidak goncang bersama kamu… (QS. An-Nahl 16:15)

Rasulullah SAW bersabda “Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi bergoyang dan menyentak, lalu Allah menenangkannya dengan gunung.”

Pada tahun 1858, Antonio Snider telah mengemukakan konsep tentang Continental Drift berkenaan perkembang benua-benua. Kemudian muncul pendapat ahli geologi Austria, Eduard Sues bahawa semua benua dahulunya memang menjadi satu yang dinamakan Godwanaland.

Ilmuan Jerman, Alfred Wegener pula menamakan teori ini sebagai Pangea. Namun begitu, tiada bukti-bukti yang meyakinkan bagi menyokong teori-teori ini sehinggalah pada tahun 1960-an. Kini bukti menunjukkan bahawa benua-benua ini sememangnya bergerak pada kelajuan 1 cm per tahun bagi kawasan khatulistiwa dan 9 cm per tahun bagi kawasan di jalur-jalur pergunungan. Penemuan ini berlaku 1400 tahun setelah Al-Quran menceritakan perihal konsep gunung ini kepada manusia. Allahu Akbar !!!

            Teori plat tektonik menyebut bahawa kerak bumi mempunyai ketebalan 5 hingga 100 km berada di atas magma yang mencapai ketebalan 3000 km. Magma terdiri dari batuan cair yang tidak stabil. Plat ini bergerak secara horizontal dan saling bertembung dari waktu ke waktu. Ada yang terlipat ke atas dan ada yang ke bawah yang mana membentuk gunung-ganang. “Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (QS.An-Naba’ 78: 6-7)

Di dalam Al-Quran, kita akan bertemu dengan perkata
an gunung sebanyak 49 kali. Terdapat 22 ayat yang menyebutkan fungsi gunung sebagai pasak atau tiang pancang bagi bumi. Pasak atau paku besar merupakan benda yang menusuk ke dalam bagi mengetatkan sesuatu.

Ini bermaksud kepala pasak yang dilihat di luar jauh lebih pendek berbanding dengan batangnya yang terjunam ke dalam.. Kedalaman akar gunung itu sebenarnya boleh menjunam mencapai 15 kali ganda berbanding ketinggiannya.. Kajian selanjutnya mendapati bahawa gunung mempunyai akar yang berperanan menghentikan pergerakan horizontal litosphera.

“Dan Dia menancapkan di bumi supaya tidak goncang bersama kamu… (QS. An-Nahl 16:15)

Rasulullah SAW bersabda “Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi bergoyang dan menyentak, lalu Allah menenangkannya dengan gunung.”

Pada tahun 1858, Antonio Snider telah mengemukakan konsep tentang Continental Drift berkenaan perkembang benua-benua. Kemudian muncul pendapat ahli geologi Austria, Eduard Sues bahawa semua benua dahulunya memang menjadi satu yang dinamakan Godwanaland.

Ilmuan Jerman, Alfred Wegener pula menamakan teori ini sebagai Pangea. Namun begitu, tiada bukti-bukti yang meyakinkan bagi menyokong teori-teori ini sehinggalah pada tahun 1960-an. Kini bukti menunjukkan bahawa benua-benua ini sememangnya bergerak pada kelajuan 1 cm per tahun bagi kawasan khatulistiwa dan 9 cm per tahun bagi kawasan di jalur-jalur pergunungan. Penemuan ini berlaku 1400 tahun setelah Al-Quran menceritakan perihal konsep gunung ini kepada manusia. Allahu Akbar !!!

Teori plat tektonik menyebut bahawa kerak bumi mempunyai ketebalan 5 hingga 100 km berada di atas magma yang mencapai ketebalan 3000 km. Magma terdiri dari batuan cair yang tidak stabil. Plat ini bergerak secara horizontal dan saling bertembung dari waktu ke waktu. Ada yang terlipat ke atas dan ada yang ke bawah yang mana membentuk gunung-ganang.