Rabu, 24 Oktober 2012

ilmu yang bermanfaat


Foto: Hidup Berilmu

Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya : Ilmu itu adalah perbendaharaan, segala kunci adalah pertanyaan, oleh yang demikian maka hendaklah kamu bertanya kerana sesungguhnya dengan bertanya itu empat golongan akan mendapat pahala iaitu orang yang bertanya, orang alim yang ditanya, orang yang mendengar dan orang yang menyukai mereka bertiga.                                     (Hadis Riwayat Abu Naim)

 Ilmu agama atau ilmu Fardhu Ain menduduki tempat terrtinggi dalam senarai ilmu-ilmu yang dicari oleh manusia. Ketinggian ilmu agama tidak dapat di atasi dan ditandingi oleh ilmu-ilmu lain kerana ia didatangkan terus daripada Allah s.w.t yang dipindah dan disampaikan kepada kita oleh Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa ilmu agama tidak penting daripada ilmu-ilmu lain wajiblah dikikis dan diperbetulkan segera kerana ia boleh menyebabkan umat Islam menyeleweng dan menyimpang daripada ajaran agama semasa mereka menjalani kehidupan didunia ini.

Hadirilah majlis ilmu kerana di situ tempat yang utama di atas muka bumi.Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah SAW untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud : "Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan."

Abdullah bin Amru pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW melalui dua majlis dalam masjid. Satu majlis menjalankan kegiatan zikir dan satu lagi pengajian ilmu. Maka, Rasulullah SAW memilih untuk duduk bersama majlis ilmu walaupun kedua-dua majlis itu baik.Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya : Ilmu itu adalah perbendaharaan, segala kunci adalah pertanyaan, oleh yang demikian maka hendaklah kamu bertanya kerana sesungguhnya dengan bertanya itu empat golongan akan mendapat pahal
a iaitu orang yang bertanya, orang alim yang ditanya, orang yang mendengar dan orang yang menyukai mereka bertiga. (Hadis Riwayat Abu Naim)

Ilmu agama atau ilmu Fardhu Ain menduduki tempat terrtinggi dalam senarai ilmu-ilmu yang dicari oleh manusia. Ketinggian ilmu agama tidak dapat di atasi dan ditandingi oleh ilmu-ilmu lain kerana ia didatangkan terus daripada Allah s.w.t yang dipindah dan disampaikan kepada kita oleh Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa ilmu agama tidak penting daripada ilmu-ilmu lain wajiblah dikikis dan diperbetulkan segera kerana ia boleh menyebabkan umat Islam menyeleweng dan menyimpang daripada ajaran agama semasa mereka menjalani kehidupan didunia ini.

Hadirilah majlis ilmu kerana di situ tempat yang utama di atas muka bumi.Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah SAW untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud : "Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan."

Abdullah bin Amru pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW melalui dua majlis dalam masjid. Satu majlis menjalankan kegiatan zikir dan satu lagi pengajian ilmu. Maka, Rasulullah SAW memilih untuk duduk bersama majlis ilmu walaupun kedua-dua majlis itu baik.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan