Sabtu, 29 Oktober 2011

Musuh Syaitan


1. Rasulullah s.a.w.
2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat diatas dosa dan setiap kesalahannya.
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
6. Orang beriman yang banyak melakukan sedekah jariah.
7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk dan menjaga wuduknya.
9. Orang beriman yang sentiasa tidak berkeinginan untuk melakukan sesuatu yang haram.
10. Orang beriman yang sentiasa menjaga sembahyangnya dan melakukannya dengan penuh khusyuk.
11. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al Quran.
12. Orang kaya yang sentiasa merendah diri.
13. Orang yang bangun sembahyang di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.
14. Peniaga yang jujur dan tidak pernah menipu akan sukatan timbangannya.
15. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil

Siapakah Sahabat Syaitan

1.Orang kaya yang sombong.
2.Peminum arak.
3.Hakim yang tidak adil.
4.Peniaga yang tidak jujur.
5.Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
6.Orang yang meremehkan sembahyangnya.
7.Orang yang menganiaya, menzalimi dan memakan harta anak yatim.
8.Orang yang beramal kerana ingin mendapatkan pujian dan nama.
9.Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.10. Penghasud dan pendengki bila orang lain mendapat kesenangan

Mudah-mudah akan beroleh manfaat dan panduan.

APABILA BALA ALLAH DATANG MENIMPA

Dalam hal ini Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan (zakat) harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan. Kalaulah tidak kerana binatang yang ada di muka bumi ini, nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Tarmidzi, daripada Ali bersabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka, iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

2.Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.

3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak menderhakai ibu bapa.

6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.

9. Apabila pemimpin(yang beriman) sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.

10. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.

12. Apabila ramai lelaki memakai sutera.

13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita bermain alat muzik.

15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi.”

RAMADAN MEMBERI RUANG BUATMU MELAKSANAKAN TAHAJJUD

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Khamis, 27 Oktober 2011

DOUM FRUIT - CAHAYA KEHIDUPAN UNTUK PASANGAN SUKAR ANAK

Doum Fruits atau Gingerbread Palm Fruits atau Hyphaene Thebaica. Pokok ini adalah sejenis palma dari keluarga Arecaceae. Di Mesir, buah ini dipanggil Doum manakala dalam bahasa Swahili ianya dipanggil Mkoma manakala di India, pokoknya dipanggil Hoka.

Pokok ini hidup di sepanjang Sungai Nile sehingga ke Africa seperti di negara Sudan, Nigeria dan sangat popular di Mesir. Hyphaene Thebaica juga digelar Gingerbread Palm kerana buah ini mempunyai aroma yang tersendiri.

Doum Fruits menjadi popular di kalangan jemaah haji/umrah di Malaysia kerana dipercayai buah ini mampu meningkatkan kesuburan seseorang dan keberkesanan buah ini dari segi merawat kemandulan. Dan buah ini mempunyai elemen zat besi yang tinggi . Di Mesir mendapati buah ini juga mampu merawat diabetes. Buah ini juga mempunyai kadar antioksidan yang tinggi.

Kuterima Jawatan HAMBA ALLAH

Aku terima jawatan HAMBA ALLAH. Jawatan ini bukan sebarang jawatan. Jawatan ini jawatan yang pada pandanganku adalah setinggi-tinggi jawatan yang ada di dalam dunia ini. Lebih tinggi darjat jawatan ini daripada jawatan Kisra Agong atau Menteri Perdana atau Kepala Menteri atau Kepala Daerah atau Pak Lurah. Dengan janji ganjaran berganda-ganda di dunia dan akhiratku, aku berjanji pada diriku untuk terus menyandang jawatan HAMBA ALLAH ini sehingga akhir hayatku.

Dari Abu Hurairah r.a : Seorang lelaki kampung telah datang mengadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardhukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan serta berpuasa pada bulan Ramadhan.

Lalu orang itu berkata: Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku.

Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesiapa yang ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini.

Riwayat :

* Bukhari – Kitab Zakat (Hadith no. 1310)
* Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 16)

USAH MELAMPAUI BATASAN DALAM BERDOA

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“ Berdo’alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” [Al-A’raaf : 55]


Dari Abu Nu’amah bahwasanya Abdullah bin Mughaffal Radhiyallahu ‘anhu mendengar anaknya membaca doa : “Ya Allah berilah kami istana putih di sisi kanan Surga”. Maka dia berkata kepada anaknya : “Wahai anakku mintalah kepada Allah Surga dan berlindunglah kepadaNya dari api Neraka, sebab saya mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“ Akan muncul dari umatku sekelompok kaum yang berlebihan dalam berdoa dan bersuci ” [Musnad Ahmad 4/87. Sunan Abu Daud, kitab Thaharah bab Israf Fil Ma’ 1/24. Ibnu Majah, kitab Do’a 3/349, Hakim, Al-Mustadrak 1/162. Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih Sunan Ibnu Majah 2/331]

Imam Manawi berkata bahwa yang dimaksud berlebihan dalam berdoa adalah melampaui batas dalam mengajukan permohonan yaitu dengan cara meminta sesuatu yang tidak boleh atau mengeraskan suara pada waktu berdoa atau memaksakan lafaz bersajak dalam berdoa. Imam Turbusyti berkata bahwa yang dimaksud berlebihan dalam berdoa bisa memiliki banyak pengertian yang intinya tidak sungguh-sungguh dalam berdoa atau berlebihan dalam meminta baik untuk keinginan pribadinya atau keinginan orang lain.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata bahwa berdoa memohon sesuatu yang menjadi keistimewaan para nabi padahal dia bukan seorang nabi atau memohon sesuatu yang menjadi keistimewaan Allah termasuk berlebihan dalam berdo’a, seperti memohon agar dia menjadi perantara untuk permohonan hamba kepada Allah atau memohon agar dia diberi kemampuan untuk boleh mengetahui segala sesuatu atau berkuasa atas segala sesuatu atau memohon agar diperlihatkan ilmu ghaib atau berdoa dengan berkeyakinan bahwa Allah menginginkan doanya atau semua hamba Allah akan mendapat marabahaya bila dia tidak berdoa atau semisalnya. Semua itu akibat dari kebodohan terhadap hak Allah dan berlebihan dalam berdoa.[Majmu Fatawa 10/713-714

Lailatul Qadar Yang Dinantikan

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kamu yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah (setengah bulat).” (HR Muslim 1170)

Dan dari Ibnu Abbas ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).

Dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah SAW: “Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

Dari Abu Said Al Khudri Radhiallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:“Sesungguhnya Aku diperlihatkan Lailatul Qadar, dan aku telah dilupakannya, dan saat itu pada sepuluh malam terakhir, pada malam ganjil.” (HR. Bukhari No. 813, 2036).

Dalam riwayat lain: “Dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Carilah oleh kalian Lailatul Qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadhan.” (HR. Bukhari No. 2017).
Imam Bukhari meriwayatkan, dari Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘Anhuma, katanya:“Carilah pada malam ke 24.” (Atsar sahabat dalam Shahih Bukhari No. 2022).

Imam Bukhari juga meriwayatkan, dari ‘Ubadah bin Ash Shamit Radhiallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Maka carilah Lailatul Qadar pada malam ke sembilan, tujuh, dan lima (pada sepuluh malam terakhir, pen).” (HR. Bukhari No. 2023).

Berkata seorang sahabat mulia, Ubay bin Ka’ab Radhiallahu ‘Anhu: “Demi Allah, seseungguhnya aku benar-benar mengetahui malam yang manakah itu, itu adalah malam yang pada saat itu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memerintahkan kami untuk shalat malam, yaitu malam yang sangat cerah pada malam ke 27, saat itu tanda-tandanya hingga terbitnya matahari, pada pagi harinya putih terang benderang, tidak ada panas.” (HR. Muslim No. 762).

Salim meriwayatkan dari ayahnya Radhiallahu ‘Anhu, katanya: “Seorang laki-laki melihat Lailatul Qadr pada malam ke 27. Maka, Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Aku melihat mimpi kalian pada sepuluh malam terakhir, maka carilah pada malam ganjilnya.” (HR. Muslim No. 1165).

Berkata Al Hafizh Ibnu Hajar Al ‘Asqalani Rahimahullah: “Para ulama berbeda pendapat tentang Lailatul Qadr dengan perbedaan yang banyak. Kami menyimpulkan bahwa di antara pendapat-pendapat mereka ada lebih 40 pendapat.” (Fathul Bari, 4/262. Darul Fikr).

Imam al-Ghazali ada memberi panduan kepada muridnya untuk mencari malam Lailatul Qadr berdasarkan hari bermulanya 1 Ramadhan seperti berikut :


Tarikh Lailatul Qadr - Hari 1 Ramadhan

21 Ramadhan - Isnin
23 Ramadhan - Sabtu
25 Ramadhan - Khamis
27 Ramadhan - Selasa/Jumaat
29 Ramadhan - Ahad/Rabu

Rabu, 26 Oktober 2011

JAMUAN HARI RAYA DAN DUIT RAYA - SUDAH MENJADI IBADAT ATAU MENJADI ADAT

Memang elok pun membanyakkan sedekah jariah. Lebih-lebih lagi pada aidilfitri ini semangat kunjung mengunjung itu semakin bersemarak. Anak-anak yang paling gumbira kerana pada fikir mereka mereka akan mendapat dua habuan iaitu habuan makan dan habuan kewangan.

Bagi Si tuan rumah, berlapang dadalah untuk menyumbangkan sedekah rezekimu kerana di sana adaperakuan Rasulullah s.a.w. yang amat benar. " Tiada kurang harta dari sedekahnya itu. (Di dunia ditambah berkat hartanya dan menolak bala, di akhirat diberi pahala, diampun dosanya dan dikurniakan Syurga ) (Al-Hadith)

Dengan menghidangkan makanan yang lazat kepada tetamumu, Si Tuan rumah sudah membuka laluan untuk dirinya menuju ke pintu Syurga Allah. Demikian yang selalu diungkap dalam banyak sabda Rasulullah saw akan eprihal orang-orang yang memberi makan kepada tetamunya.

Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri) maka Allah menyuruh datang Malaikat empat puluh hari sebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang di antara masyriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalu menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari…. Inilah rezeki bersamaku dari syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril : Surat apakah ini? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka. Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya –tertulis di dalamnya : “ Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka . Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku-gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Nabi Muhammad saw terlepas daripada api neraka. Kata Jibril : Allah utuskan aku, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu .
(dari kitab Raudhul Ulama’)

MENCERAP MALAM LAILATUL QADAR

Dengan menggunakan kamera murah, difokuskan pencerapan ke langit sekitar jam 4.00 pagi 25.8.2011 untuk melihat kebesaran Allah. Pagi yang bening cukup tenang , tidak sejuk dan tidak suam. Langit nampak bercahaya dan bintang-bintang yang berteraburan nampak bersinar jelas. (bintang tak nampak dalam gambar sebab guna kamera murah)

Apakah dinihari ini sudah memberi tanda terbitnya lailatul qadar seperti banyak disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kamu yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah (setengah bulat).” (HR Muslim 1170)

Dan dari Ibnu Abbas ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).

Dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah SAW: “Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

Ibnu Abbas r.a huma berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda tentang orang yang beri'ktikaf bahawa dia terpelihara daripada dosa-dosa sedangkan dia akan diberi ganjaran amal-amal kebaikan seperti orang yang melakukan kebaikan-kebaikan itu kesemuanya. (Rujukan Kitab Fadhail Amal). Sememangnya menjadi kebiasaan Nabi Muhammad SAW untuk ber'iktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan. Justeru, para ulama' berpendapat bahawa beri'ktikaf pada 10 hari terakhir dari Ramadan adalah sunat Muakad. Hakikatnya, sekiranya dalam keadaan beri'ktikaf, seseorang itu tidur, pun masih dikira sebagai beribadat.

SAMBUTLAH AIDILFITRI DENGAN GEMBIRA

Berdasarkan al-Quran dan amalan Rasulullah SAW, antara peraturan serta adab perlu diberi perhatian ketika berziarah dan bertamu ialah berniat baik di atas kunjungannya, jangan dibezakan antara orang kaya atau miskin, terimalah undangan untuk menggembirakan pihak yang mengundang serta mengelak daripada terbabit aktiviti syubhat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah engkau makan melainkan makanan orang yang bertakwa dan jangan pula makan makananmu itu melainkan yang membawa kepada takwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Semasa berkunjung, hendaklah memilih waktu yang sesuai dan cuba elakkan berkunjung pada awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan waktu itu tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.

Selaku tetamu, sangat digalakkan supaya berjabat tangan dengan tuan rumah seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah SWT sebelum berpisah.”

Walaubagaimanapun, amalan berjabat tangan mestilah dilakukan mengikut lunas Islam. Sebagai tetamu juga, tidak sepatutnya bebas melakukan apa saja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi tuan rumah.

Manakala bagi pihak tuan rumah, Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara serta dihayati antaranya menghormati dan memuliakan tetamunya. Pada masa sama, tuan rumah juga disarankan menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan.

Janganlah ada maksud untuk berbangga-bangga tetapi tujuannya adalah merapatkan seluruh kawan serta memberikan kegembiraan dalam jiwa tetamu. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para nabi dan rasul terdahulu.

Satu lagi adab penting yang ada kaitan dengan ziarah ialah menjaga adab makan-minum seperti memulakan makan dengan membaca Bismillah, mengakhiri dengan Alhamdulillah serta menghindari diri daripada kenyang yang melampau batas.

Justeru, dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, ahli keluarga jangan lupa mendidik anak memelihara adab ketika berziarah.

SAMPAIKAN ISLAM INI WALAUPUN DENGAN SATU AYAT

  Rasululullah s.a.w.  bersabda,


:أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sampaikan dariku walaupun satu ayat. (HR Bukhari)

Usaha berdakwah di laman Fb ini memang molek. Sasaran dakwahnya ialah kumpulan yang berpendidikan dan berfikiran terbuka. Masing-masing mempunyai bekalan ilmu untuk sama-sama dapat dikongsi.

Melalui usaha ini juga menyemarakkan kembali jiwa-jiwa Islam dan mematangkan pengalaman diri dalam hidup beragama.

Namun begitu, dalam menyampaikan satu ayat pengajaran agama di laman fb ini, berhati-hatilah dalam pemilihan bahan. Pilihlah bahan yang tepat dan sumber yang benar. Ini bertujuan untuk menjaga keaslian pengajaran Islam dan menepati sambungan hadis di atas.


وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari Bani Isra'il dan itu tidak apa (tidak berdosa). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya di Neraka (HR Bukhari)"

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. menegaskan,   “Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya ( orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” ( Riwayat Muslim)

BERPADA-PADA DALAM BERGURAU SENDA


Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjelaskan soal bergurau senda,
Ya,aku juga bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar sahaja [Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Ahmad

Sebenarnya semua orang boleh melakukan seperti Rasulullah s.a.w., iaitu bila bergurau hanya berkata yang benar saja. Tetapi kebanyakan orang sebaliknya, apabila saja bersenda gurau, maka maksud mereka tiada lain, melainkan hendak mentertawakan orang ramai dengan apa cara sekalipun.

Berkata Saiyidina Umar Ibnul-Khattab r.a.: Siapa yang suka bergurau saja, niscaya orang akan memandang ringan terhadapnya.
Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih)...

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Said Ibnul-‘Ash berkata kepada puteranya: Wahai anakku! Jangan engkau berani bergurau senda dengan orang yang berpangkat, kelak ia akan memusuhimu, dan jangan pula kepada orang yang rendah budi, kelak ia akan kurang ajar terhadapmu.

Seorang pendita berkata: Setiap sesuatu ada benihnya, dan benih permusuhan itu bersenda gurauan.
Yang lain pula berkata: Senda gurauan itu akan merampas akal seseorang dan memutuskan perhubungannya dengan kawan-kawan.

Senda gurauan Rasulullah s.a.w. iaitu seperti diriwayatkan bahwa seorang tua perempuan telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka baginda telah bergurau dengannya dengan berkata: Orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu, tetapi segera pula Rasulullah s.a.w. berkata lagi: Anda tidak lagi menjadi tua bangka pada ketika itu! Lalu dibacakan kepadanya firman Allah Ta’ala.

“Kami (Allah) pertumbuhkan mereka itu (kaum wanita) suatu tumbuhan. Maka Kami tukarkan mereka itu menjadi dara-dara.” (al-Waqi’ah: 35-36)

Dalam sesuatu peristiwa yang lain, diceritakan bahwa ada seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Suamiku menjemputmu ke rumah! Baginda lalu berkata: Siapa dia suamimu itu? Apakah ia yang matanya ada putih-putih itu? Perempuan itu menjawab: Demi Allah, mata suami saya tidak ada putih-putih. Kemudian baginda berkata lagi: Bahkan di matanya ada putih-putih. Perempuan itu tetap menolak dengan berkata: Demi Allah, tidak. Maka barulah Rasulullah s.a.w. menerangkan lagi: Malah setiap orang memang ada pada matanya putih-putih. Maksud baginda ialah putih yang mengelilingi mata yang hitam itu.

Dalam senda gurauan Rasulullah yang lain lagi ialah sebagaimana dalam sebuah hadis yang maksudnya: "Daripada Anas bin Malik, bahawa seorang lelaki meminta kenderaan Rasulullah lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku akan membawamu di atas anak unta betina. Lalu orang itu berkata: Apa yang dapat saya buat di atas anak unta betina? Baginda menjawab: Bukankah yang melahirkan Al-Ibbal (unta jantan tua) itu hanya unta betina iaitu ibunya dan unta jantan tua itu ialah anaknya". (riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”

.
Pernah sekali Rasulullah s.a.w. berkata kepada Suhaib yang sedang makan korma, padahal ia terkena sakit mata. Kata baginda: Boleh makan korma juga? Bukankah matamu sakit? Jawab Suhaib: Saya makan dengan sebelah mata saja, wahai Rasulullah! Mendengar jawapannya Rasulullah s.a.w. tersenyum saja. Dalam setengah riwayat pula sehingga kelihatan gigi serinya.

Rasulullah s.a.w. dalam hal bergurau senda tidak pernah berlebihan. Malah jauh sekali berisi pembohongan.
“Celakalah orang yang berbicara lalu dia berdusta kerana mahu orang ramai ketawa. Celakalah baginya. Celakalah baginya” [Hadith riwayat Ahmad dan al-Darimi]
Berkata Imam Al-Nawawi: "Gurauan yang ditegah itu ialah gurauan yang melampaui batas dan sering dilakukan sehingga melalaikan daripada mengingati Allah."

Sesungguhnya jika gurauan kita itu bermaksud untuk menyenangkan hati orang lain terutama mereka yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan memberi ganjaran kepada mereka.

Bagaimanapun, jika gurauan itu boleh membawa kemudaratan, kesusahan atau mengakibatkan perkara buruk kepada orang lain, kita akan mendapat dosa.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Usah Membazir

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-


Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.


Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.


Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.


Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.


Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.


Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.


Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.


Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.


Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
Menatap, membaca dan mentadabbur al-Quran menjadi aktiviti rutin masyarakat muslim.  Demikian kelebihan aktiviti ini sangat besar berbanding aktiviti-aktiviti yang lain.


1) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله وءاله عليه وسلم: "الـمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ ، وَالَّذِيْ يَقْرَأُ القرآن َ وَ يَـتـَتـَـعْـتـَعُ فِيْهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ". (ر...واه الإمام مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي )

Daripada Aishah ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : “orang yang mahir dengan al-Quran, bersama Malaikat Safarah yang mulia lagi taat. Dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia tergagap-gagap (tidak lancar) ketika membacanya dan dia sukar (membacanya kerana tidak mahir), maka baginya dua pahala”

2) عن أنس رضي الله عنه ، عن النبي صلى الله عليه وءاله وسلم قال: "مَنْ قَرَأَ القرءانَ يَقُوْمُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ، يـُحِلُّ حَلاَلـَهُ وَيـُحَرِّمُ حَرَامَهُ ، حَرَّمَ اللهُ لـَحْمَهُ وَدَمُهُ عَلَى النَّارِ وَجَعَلَهُ رَفِيْقَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ حَتىَّ إِذَا كَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كاَنَ القرءانُ لَهُ حُجَّةً " ( رواه الإمام الطبراني في المعجم الصغير - ضعيف )

Daripada Anas ra daripada Baginda Nabi SAW bersabda : “sesiapa yang membaca al-Quran (sehingga) bangun dengan sebabnya di tengah malam dan siang, sehingga menghalalkan perkara yang dihalalkannya (di dalam al-Quran) dan mengharamkan perkara yang diharamkannya (di dalam al-Quran), pasti Allah akan mengharamkan daging dan darahnya daripada api neraka dan dijadikannya teman setia bersama Malaikat Safarah yang mulia, sehingga apabila tiba pada Hari Kiamat, al-Quran akan menjadi hujjah (pembela) baginya”.

Khamis, 13 Oktober 2011

MENINGKATKAN SILATURRAHIM

Menurut Ibni Abu Hurairah bahawa orang yang mengeratkan silaturahim akan mendapat sepuluh kelebihan seperti berikut:

Pertama: Allah Subahanahu Wata'ala redha kepadanya.

Kedua: Membawa kebahagiaan.

Ketiga: Para malaikat gembira kepadanya.

Keempat: Mendapat pujian yang baik daripada orang.

Kelima: Menambah kesedihan iblis.

Keenam: Dipanjangkan umur.

Ketujuh: Memperoleh keberkatan rezeki.

Kelapan: Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagian kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.

Kesembilan: Semakin bertambah kehormatannya
.
Kesepuluh: Pahalanya semakin bertambah selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkannya.

Apabila berhadapan dengan situasi permusuhan, jelaslah bermusuh itu tidak mendatangkan keuntungan malah mengundang keresahan.   Oleh kerana itu,  kita dinasihatkan meninggalkan pertengkaran biarpun kita di pihak yang benar. 

Apabila pihak yang ingin bermusuh bersungguh-sungguh menunjukkan permusuhan, maka kesabaran itu adalah lebih utama daripada melayani permusuhan itu.  Demikian teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Pada suatu hari Rasulullah saw bertamu ke rumah Abu Bakar Ash-Shidiq. Ketika sedang berbual dengan Rasulullah, tiba-tiba datang seorang Arab Badui mencela Abu Bakar. Makian kotor serta umpat...an-umpatan kasar keluar dari mulut orang itu. Namun, Abu Bakar tidak menghiraukannya. Dia meneruskan perbualan dengan Rasulullah. Melihat hal ini, Rasulullah memberikan senyum terindahnya kepada Abu Bakar.
.
Arab Badui itu kembali memaki Abu Bakar. Kali ini, makian dan hinaannya lebih kasar. Namun, dengan keimanan yang kokoh serta kesabarannya, kembali Abu Bakar tidak menghiraukannya dan tetap membiarkan orang tersebut memaki. Rasulullah kembali memberikan senyum terindahnya.
.
Untuk ketiga kalinya, ia mencerca Abu Bakar dengan makian yang lebih menyakitkan. Kali ini, selaku manusia biasa yg memiliki hawa nafsu, Abu Bakar tidak dapat menahan amarahnya. Dibalasnya makian orang Arab Badui itu dengan makian pula. Rasulullah beranjak dari tempat duduknya dan langsung meninggalkan Abu Bakar tanpa mengucapkan salam.
.
Melihat hal ini, selaku tuan rumah, Abu Bakar sedar dengan kesalahannya dan langsung berlari mengejar Rasulullah  s.a.w.  yang sudah sampai halaman rumah. Kemudian, Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, jika aku berbuat kesalahan, mohon jelaskan dan maafkan kesalahanku. Jangan biarkan aku dalam kebingungan.” Rasulullah lalu menjawab, “Sewaktu orang Arab Badui itu datang lalu mencelamu dan kamu tidak melayannya, aku tersenyum karena banyak malaikat di sekelilingmu yang akan membelamu di hadapan Allah.”
.
Beliau melanjutkan, “Begitu pun yang kedua kali ketika ia terus menghinamu dan kamu tetap membiarkannya, maka para malaikat semakin bertambah banyak jumlahnya di sisimu. Oleh sebab itu, aku semakin tersenyum. Namun, ketika yang ke-tiga kali ia menghinamu dan kamu melawannya serta kamu membalas makiannya, maka seluruh malaikat pergi meninggalkanmu, dan hadirlah iblis di sisimu untuk semakin memanasimu. Oleh karena itu, aku tidak ingin berdekatan dengannya, dan aku tidak memberikan salam kepada kamu.”

JAWATAN KEPIMPINAN ITU ADALAH AMANAH DARIPADA ALLAH

Ibn al-Jauzi meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya: “Lihatlah ke arah Kaabah.”

Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.”

Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?”

Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.”

Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?”

Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.”

Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja. Hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”

Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak

Adapun pemimpin yang baik itu ditunjukkan sifatnya dengan jelas melalui al-Quran:

1. Pemimpin yang mau dikoreksi kesalah...annya dan mau memperbaikinya, Qs. an-Naml:46

2. Pemimpin yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, Qs. Ali Imran:132. 


3. Pemimpin yang membawa keridhaan, keselamatan, cahaya dan jalan yang lurus, Qs. al-Maidah:16.

4. Pemimpin yang berbuat baik, Qs.al-’Araf:56


5. Pemimpin yang menunaikan sholat, zakat, dan mencegah perbuatan keji dan munkar, Qs. an-Nur:56.

6. Pemimpin yang mampu menyelesaikan konflik, Qs.al-Hujurat:10


7. Pemimpin yang adil, Qs. Shad: 22

8. Pemimpin yang cerdas dan tidak mengkhianati rakyat, Amanat kepemimpinan memang sangat berat lihat, Qs. al-Ahzab: 72

Rabu, 12 Oktober 2011

TENTANG KEBODOHAN

PERIHAL KEBODOHAN

Para shahabat bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang kebaikan sedangkan aku bertanya tentang kejelekan karena aku takut kejelekan itu mengenaiku” (Al Bukhari 7/93 dan Muslim 3/1975)

Ibnul Jauzi berkata: “Mengetahui kejelekan adalah agar berhati-hati dari terjatuh padanya” (Talbis Iblis halaman 4 dan Al Fatawa Ibnu Taimiyah 10/301)

Oleh karena itu Imam At Thabari menyebutkan didalam Tafsir-nya riwayat dari Abu Aliyah bahwa beliau berkata: “Setiap dosa yang dilakukan seseorang hamba adalah karena kebodohannya”

Qatadah berkata: “Para shahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersepakat berpendapat bahwa setiap perbuatan maksiat terhadap Allah adalah karena kebodohan, baik secara sengaja atau tidak”

Mujahid berkata: “Setiap orang yang bermaksiat kepada Allah maka hal itu karena kebodohannya sampai dia mau bertaubat”

As Suddi berkata: “Selama seorang hamba bermaksiat kepada Allah maka dia adalah orang yang bodoh”

Ibnu Zaid mengatakan: “Setiap seorang berbuat suatu maksiat kepada Allah maka dia bodoh sampai dia berlepas diri darinya” (Lihat atsar-atsar ini di dalam Tafsir At Thabari 3/229, 5/209, Tafsir Al Baghawi 1/407, Al Fatawa 7/22, Tafsir Ibnu Katsir 1/463)

DARJAT ORANG YANG BERILMU

Sungguh besar faedah dan manfaat menuntut ilmu.

Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"


Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"


Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;

انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

Ahad, 9 Oktober 2011

BERTAUBATNYA MALIK BIN DINAR AL-SAMI ( meninggal dunia 120H/748M)



Diringkaskan cerita, ketika zaman berpoya-poya dan kaki minum, Malik mengimpikan seorang anak perempuan. Sebabnya, dia mendapat khabar, sesiapa yang mengasihi anak perempuan akan dapat masuk syurga. Maka dengan izin Allah, Malik pun dikurniakan Allah akan seorang anak perempuan. Menurut beliau, “Ketika dia mula pandai berjalan, maka cintaku bertambah padanya. Setiap kali aku meletakkan minuman keras di hadapan, anak itu datang kepadaku dan mengambilnya lalu menuangkannya ke bajuku.
“Setiap kali aku hendak minum arak, tangan anakku selalu menepis tanganku, seolah-olah dia melarang aku daripada meminumnya.” Malik sungguh menyayangi anak kecil itu, namun ketika berumur dua tahun, anak yang bernama Fatimah itu meninggal dunia. Sedihnya si bapa bukan kepalang.
Pada suatu malam Jumaat, pada Syaaban, Malik meneguk arak lalu tertidur sebelum solat Isyak. Dalam tidur dia bermimpi seolah-olah berada dalam Hari Kebangkitan. “Aku mendengar sesuatu yang bergerak di belakang, ketika aku menoleh ke arahnya kulihat seekor ular yang sangat besar berwarna hitam kebiru-biruan sambil membuka mulut bergerak ke arahku.” Malik lari sekuat hati. Di tengah jalan, beliau temui seorang lelaki tua dengan pakaian serba putih bersama haruman semerbak mewangi. “Wahai orang tua, tolonglah selamatkan aku daripada ular itu,” rayu Malik. Sambil menangis, orang tua itu menjawab, “Aku begitu lemah sedangkan ular itu lebih kuat daripada aku. Aku tak mampu melawannya. Kau lari sajalah, mudah-mudahan Allah menyelamatkan engkau.”
Malik bergegas berlari lagi dan akhirnya sampailah ke pinggir neraka - keadaan sungguh kritikal, di depan neraka, di belakang pula ada ular besar dengan keadaan mulut luas ternganga! Tiba-tiba kedengaran suara, “Tempat kamu bukan di sana (neraka).” Malik beredar dan berjumpa lelaki tua tadi. Malik diminta cuba pergi ke gunung Amanah.
“Aku pun menuju ke tempat itu. Di sana aku bertemu dengan seorang anak kecil berwajah sangat indah,” jelas Malik. Tanpa diduga, anak itu adalah anak beliau sendiri, Fatimah! Anak kecil itu pun mengusir ular besar. Kemudian mengusap janggut bapanya lalu membacakan sebahagian daripada surah al-Hadid, ayat ke-16. Ayat Allah bermaksud: “Belumkah datang waktunya bagi orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah.” Ia boleh juga dinisbahkan kepada: Apakah belum sampai seru untuk beramal soleh? Tanya Malik kepada Fatimah berserta anak kecil lain, “Apakah yang kalian buat di gunung itu?” Jawab si anak kecil, “Kami adalah anak muslimin yang akan berada di sini sampailah kiamat, menunggu kalian datang kepada kami.” Selepas terjaga daripada tidur, Malik pun bertaubat, lalu menjadi seorang yang terkenal salih dan warak di sisi Tuhan.

Khamis, 6 Oktober 2011

Menitis Adab dalam Pendidikan

 

Demikian adab itu semakin  menipis dalam pendidikan ummah hari ini.  Raja Ali Haji, Ulama besar dan sasterawan dari Riau , dalam kitabnya,  Bustan al Katibin,  yang ditulisnya tahun 1850, menyatakan: “Jikalau beberapa pun bangsa jika tiada ilmu dan akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya, yakni kehinaan juga diperolehnya.” 

Syekh Wan Ahmad al Fathani dari Pattani (1856-1908), dalam kitabnya Hadiqatul Azhar war Rayahin  berpesan   “ Jadikan olehmu akan yang sekedudukan engkau itu (majlis) perhimpunan ilmu yang engkau muthalaah akan dia supaya mengambil guna engkau daripada segala adab dan hikmah.”

 Perkataan adab, menurut Prof. Syed Naquib al Attas, memiliki arti yang sangat luas dan mendalam, sebab pada awalnya perkataan adab berarti undangan ke sebuah jamuan makan,yang di dalamnya sudah terkandung ide mengenai hubungan social yang baik dan mulia. Namun adab kemudian digunakan dalam konteks yang terbatas, seperti untuk sesuatu yang merujuk pada kajian kesusastraan dan etika profesional dan kemasyarakatan.  

Al Farabi juga mendefinisikan ta’dib sebagai aktivitas yang memproduksi suatu karakter yang bersumber dari sikap moral. Maka, sebenarnya, makna kedua istilah, ta’lim dan tarbiyah telah tercakup di dalam istilah ta’dib.  

Ibnul Mubarak menyatakan: “Kita lebih memerlukan adab daripada ilmu yang banyak.”

 Dalam Bidayatul Hidayah, Imam Al-Ghazali mengingatkan, orang yang mencari ilmu dengan niat yang salah, untuk mencari keuntungan duniawi dan pujian manusia, sama saja dengan menghancurkan agama.  

Ibnul Qayyim al-Jauziyah, murid terkemuka Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, juga menulis sebuah buku berjudul Al-Ilmu.  Beliau mengutip ungkapan Abu Darda’ r.a.  yang menyatakan: “Barangsiapa berpendapat bahwa pergi menuntut ilmu bukan merupakan jihad, sesungguhnya ia kurang akalnya.” 

 Abu Hatim bin Hibban juga meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah r.a., yang  pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa masuk ke masjidku ini untuk belajar kebaikan atau untuk mengajarkannya, maka ia laksana orang yang berjihad di jalan Allah.”

Karena begitu mulianya kedudukan ilmu dalam Islam, maka seorang yang beradab tidak akan mensia-siakan umurnya untuk menjauhi ilmu, atau mengejar ilmu yang tidak bermanfaat, atau salah niat dalam meraih ilmu.  
 Demikian kehidupan itu sangat dimuliakan apabila zahir  "orang yang pandai adalah orang yang pandai meraikan adab."

Rabu, 5 Oktober 2011

ILMU YANG BERMANFAAT


Ilmu.

Sungguh besar faedah dan manfaat menuntut ilmu.

Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
... يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"


Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"


Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu

BANGSAKU BANGSA MELAYU


Allah mentakdirkan aku dihidupkan sebagai umat bangsa Melayu. Takdir itu juga menjadikan aku fasih dan memahami setiap kosa kata Melayu, merasai dan mengerti akan hati budi dan pekerti Melayu.

Aku menerima berbagai-bagai pandangan berhubung sejarah bangsa ini. Beratus-ratus buah buku kutelaah untuk mengoreksi diri mencari hakikat jati diri bangsa.

Namun pandangan terakhir ini sangat menyen...tuh perasaan atas sifatnya mendekatkan bangsa ini dengan anbia' dan suruhan Allah.

Menurut Ibnu Athir al-Jazari dalam kitabnya al-kamil fi at-tarikh, adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah. Dari pernikahan ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Dari keturunan inilah berkembang-biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satu Tuhan

Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitu negeri Asia Timur dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti Kerajaan Melayu Champa dan Langkasuka. Apabila berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang tinggal di kawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-pulau di nusantara dan membentuk pula beberapa kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit bahawa penghijrahan dari tanah besar ke kepulauan nusantara di sebut sebagai MELAYU

Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan EphraimPengkajian Yahudi telah membuktikan bahawa terdapat banyak golongan Manasseh di sebelah timur. Antara negara tersebut ialah Afghanistan, utara Pakistan (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Ralph Olssen, seorang professor Amerika mengatakan ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israel (keturunan Yusof a.s.)

Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa suku Minangkabau (satu dari rumpun Melayu Pagar Ruyung) dan suku Kelantan (satu dari rumpun Melayu Fathani) adalah baka Melayu asli

Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahu