Khamis, 9 Februari 2012

Anak yang dibanggakan



Berbahagialah bagi pasangan yang dianugerah anak lantaran memiliki anak itu adalah pengajar erti tanggungjawab.   Didiklah anak itu di sampingmu kerana anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar.
Hamka menasihat setiap pasangan akan pendidikan anak mereka dengan katanya ,”  Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga.”
Keutamaan dalam pendidikan anak-anak ini ialah pendidikan budi pekertinya. Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu.  Anak-anak yang dibangunkan pendidikan pekertinya akan menjadi harapan kepada orang tuanya.
Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tumpuan harapan.  Maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.
Anak itu penyambung amal ibu bapa.  Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.
Didiklah anak-anakmu dengan sesempurnanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan