Khamis, 9 Februari 2012

TEROKAILAH RUANG KEHIDUPAN

Jika kematian itu dapat ditentukan sendiri, maka tentu usaha itu terhenti di sini kerana kematian adalah pembebasan daripada tanggungjawab kehidupan di atas dunia ini. Namun kehidupan itu mesti diteruskan justeru kematian bukan penanda akhir usaha meraih kebaikan.

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup. Adak...ah kehidupan kita dipenuhi kealpaan atau penuh dengan perancangan. Orang-orang yang merancang kehidupannya akan berpuas hati atas segala apa yang dicapai. Orang yang alpa akan terus tertinggal dalam sekelian bidang.

Memanglah setiap perancangan itu pasti menempuh beberapa kegagalan masa kini. Namun jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan yang masih panjang. Anda ada ruang dan peluang untuk mencipta sesuatu yang ingin anda tampilkan. Gagal selepas usaha adalah hikmahnya. Kegagalan itu adalah satu ilmu dan pasti anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan