Rabu, 24 Oktober 2012

MENCARI BAHAGIA

Foto: MENCARI BAHAGIA
Itulah perkara yang dicari dan ditunggu=tunggu oleh manusia dalam kehidupan.  Itulah juga yang diimpikan oleh setiap lelaki dan perempuan,  oleh seorang suami dan seorang isteri dan oleh seorang datuk dan seorang nenek.

BAHAGIA
Kata Imam al-Ghazali, “ Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. “    
Saidina Ali bin Abi Talib pula menjelaskan,”  Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pengawal untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya” 

Bahagia itu sesuatu yang sangat subjektif tetapi boleh dicapai. Untuk mencapainya Hamka memberi pandangan,”  Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan yang membahagiakan.  Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah kebahagiaan.”. 
 
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. 
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. 

Menghilangkan sifat cemburu dan dengki dalam hati adalah baja-baja meningkatkan  bahagia.  Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka. 

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan