Rabu, 24 Oktober 2012

ALIRAN ISLAM LIBERAL: CABARAN BARU UMAT ISLAM

`Islam liberal’ ialah istilah baru dalam dunia pemikiran Islam semasa. Kemunculannya dilihat sebagai sebahagian dari produk pemikiran yang diasaskan dari kerangka modenisme. Islam sebagai satu
tema pemikiran diperdebatkan menerusi kerangka berfikir modenisme. Natijahnya ialah, kelahiran satu citra berfikir baru yang berusaha untuk menyesuaikan Islam dengan realiti kehidupan moden yang sedang berkembang hari ini.
Untuk memahami `Islam liberal’, masyarakat harus memahami latar dan dasar modernisme terlebih dahulu. Aliran modenisme sebagai satu kerangka berfikir muncul dari latar sejarah yang kompleks dan tersendiri yang dialami oleh masyarakat Barat sekitar abad ke 16 hingga I8 masihi. Ia adalah natijah dari reaksi penentangan sekelompok manusia di Barat terhadap sistem budaya dan struktur berfikir masyarakatnya yang dianggap mengongkong.

Bagi kelompok Islam liberal, agama seolah dilihat sebagai natijah dari himpunan konsep-konsep yang terhasil dari perkembangan pemikiran manusia. Dalam kata lain, agama ialah subjek sosial dan budaya.Oleh kerana itu, urusan berkaitan hal ehwal agama terbuka kepada sesiapa sehingga juga oleh orang yang bukan menganut ajaran agama tersebut.

Bagi aliran Islam liberal, tidak ada autoriti dalam beragama kerana agama suatu yang bersifat rasional. Kebenaran agama bukan suatu yang mutlak. Untuk merasionalkan agama, maka langkah pertama ialah membentuk mekanisme baru bagi menghilangkan autoriti ahli agama yang selama ini dianggap memonopoli tafisran tentang kebenaran ajaran agama.
Begitu juga apabila dipersoalkan tentang hak negara dalam mengawal moral warganya. Ia dengan jelas menghuraikan ciri aliran Islam liberal yang menganut fahaman tentang kenisbian moral. Dalam kata lain, aliran ini menganggap bahawa moral bersifat relatif serta milik mutlak individu. Secara langsung ia menafikan hak agama dalam mengawal moral penganutnya atau dalam maksud lain, agama dan moral adalah suatu yang berlainan sama sekali.

Begitu juga dalam hal memberi tafsiran terhadap ajaran agama. Dalam konteks Islam, tradisi yang ketat bersumberkan pedoman wahyu dan pandangan ahli agama yang terdahulu diambilkira dalam menentukan sesuatu bentuk ajaran dan tafsiran. Ia bertujuan bagi memastikan ajaran agama tidak diselewengkan oleh individu atau kelompok tertentu yang mentafsirkan agama begi tujuan dan kepentingan dirinya. Dengan demikiran, keaslian ajaran agama dapat dipertahankan.
 
 
Foto: ALIRAN ISLAM LIBERAL: CABARAN BARU UMAT ISLAM
 
`Islam liberal’ ialah istilah baru dalam dunia pemikiran Islam semasa. Kemunculannya dilihat sebagai sebahagian dari produk pemikiran yang diasaskan dari kerangka modenisme. Islam sebagai satu tema pemikiran diperdebatkan menerusi  kerangka berfikir modenisme. Natijahnya ialah, kelahiran satu citra berfikir baru yang berusaha untuk menyesuaikan Islam dengan realiti kehidupan moden yang sedang berkembang hari ini. 
Untuk memahami `Islam liberal’, masyarakat harus memahami latar dan dasar modernisme terlebih dahulu. Aliran modenisme sebagai satu kerangka berfikir muncul dari latar sejarah yang kompleks dan tersendiri yang dialami oleh masyarakat Barat sekitar abad ke 16 hingga I8 masihi. Ia adalah natijah dari reaksi penentangan sekelompok manusia di Barat terhadap sistem budaya dan struktur berfikir masyarakatnya yang dianggap mengongkong.
 
Bagi kelompok Islam liberal, agama seolah dilihat sebagai natijah dari himpunan konsep-konsep yang terhasil dari perkembangan pemikiran manusia. Dalam kata lain, agama ialah subjek sosial dan budaya.Oleh kerana itu, urusan berkaitan hal ehwal agama terbuka kepada sesiapa sehingga juga  oleh orang yang bukan menganut ajaran agama tersebut. 
 
Bagi aliran Islam liberal, tidak ada autoriti dalam beragama kerana agama suatu yang bersifat rasional. Kebenaran agama bukan suatu yang mutlak. Untuk merasionalkan agama, maka langkah pertama ialah membentuk mekanisme baru bagi menghilangkan autoriti ahli agama yang selama ini dianggap memonopoli tafisran tentang kebenaran ajaran agama.
Begitu juga apabila dipersoalkan tentang hak negara dalam mengawal moral warganya. Ia dengan jelas menghuraikan ciri aliran Islam liberal yang menganut fahaman tentang kenisbian moral. Dalam kata lain, aliran ini menganggap bahawa moral bersifat relatif serta milik mutlak individu. Secara langsung ia menafikan hak agama dalam mengawal moral penganutnya atau dalam maksud lain, agama dan moral adalah suatu yang berlainan sama sekali.
 
Begitu juga dalam hal memberi tafsiran terhadap ajaran agama. Dalam konteks Islam, tradisi yang ketat bersumberkan pedoman wahyu dan pandangan ahli agama yang terdahulu diambilkira dalam menentukan sesuatu bentuk ajaran dan tafsiran. Ia bertujuan bagi memastikan ajaran agama tidak diselewengkan oleh individu atau kelompok tertentu yang mentafsirkan agama begi tujuan dan kepentingan dirinya. Dengan demikiran, keaslian ajaran agama dapat dipertahankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan